» » Blog Baru Khas Buat Si Dia

Blog Baru Khas Buat Si Dia

Assalamualaikum.
Saya tengah setup blog baru khas buat baby kami. InsyaAllah nanti kat blog tu akan diletakkan semua perkembangan baby. Complete dengan gambar! Tips-tips parenting, breastfeeding, etc yang saya dapat juga saya akan share kat blog tu.
Dan kat blog tu gak saya nak kumpulkan link-link blog mama sebanyak yag mungkin. Sebab mudah saya nak buat rujukan nanti. Maklumlah, baru nak merasa menjadi ibu. Banyak benda yang tak tahu lagi ni. Dan saya gak nak kumpulkan link blogshop yang jual barang2 baby. So kalau korang nak, just bagi je link tu. Nanti saya update kat blog baru tu.

Mula-mula saya ingat nak publish new entry masa baby dah lahir. Tapi sekarang pun tangan dah gatal-gatal nak menaip kat sana. Tapi saya tahan dulu, sebab sekarang masih dalam proses dekorasi blog. Yeeha! Bila dah setel, saya akan inform kat sini ye.

Ok kenapa saya buat blog baru tu? Sebabnya nanti tak adalah mereka2 yang belum kahwin tu terkebil-kebil bila masuk Blog Bardboo ni. Nanti diorang tak tahu nak baca apa, terus tak masuk blog ni lagi! Hehe.

Leave a Reply

CommentLuv badge