» » Blouse Moden Online Dari Zalora

Blouse Moden Online Dari Zalora

Assalamualaikum.

Bila dah habis raya ini, mesti ramai yang rasa baju dan seluar jadi ketat kan? Hihi, kalau dah masa beraya asyik makan je, memang macam tu la jadinya. Jangan nak salahkan mesin basuh pula tau.

Ok hari tu kan Mama ada update fasal pembelian pertama dari Zalora. Mama beli tudung dan blouse moden dengan menggunakan voucher. Ni nak cerita fasal blouse moden tu. Peh, sampai-sampai je blouse tu memang Mama duk belek habis la.

zalora-logo

Kain dia best, lembut je dan jenis yang serap peluh. Jahitan pun kemas. Yang paling best, blouse tu labuh dan menutup bahagian punggung. Bila Mama pakai blouse muslimah tu, memang ramailah yang tanya beli kat mana baju tu?

Dan dengan konfidennya Mama jawab ‘beli dari Zalora‘. =)

Mudah sangat kan sekarangni nak mencari baju yang sesuai. Kalau dulu kena jelajah bermacam-macam kedai. Sekarangni beli secara online je. Buka je website Zalora tu, macam-macam pilihan ada. Harga pun tersangatlah berbaloi.

zalora 1

Mama memang suka sangat shopping online ni, sebab tak perlu nak kalut-kalut keluar dengan dua orang budak kecil ini. Nak memilih baju pun tak senang sebab takut anak hilang.

Jadi bila shopping online ni, Mama cuma perlu buka web pilihan masa anak-anak tengah tidur. Lepastu bolehlah tengok perlahan-lahan dan buat pilihan.

zalora 2

Kalau korang pun teringin nak cari blouse moden macam Mama, bolehlah klik link di bawah ini ye:

Koleksi blouse moden online untuk Muslimah

5 Responses

  1. vitri
    | Reply

    cantiknya bajunya,,
    vitri recently posted..Max DoorMy Profile

  2. Ummi Hanie
    | Reply

    cantik blouse tu Mama…

    harga di zalora pun berbaloi.. mmg ketagih shoppping di situ 🙂

  3. zool
    | Reply

    nasib baik isteri tak berapa pandai shopping online n

  4. Nurul
    | Reply

    Senang bila ada segmen muslimah dalam Zalora ni..kalau pergi shopping complex, payah nak jumpa blouse yang labuh dan tak jarang.
    Nurul recently posted..Apa yang anda nak , ESP boleh buatMy Profile

  5. ummulazkee
    | Reply

    saya pun ada dpt voucher zalora..tpi mmg senangkn shopping online..takyah duk risau anak hilang ke mana..hihihi

Leave a Reply

CommentLuv badge