» » » Tak Stress Ke Jadi Surirumah?

Tak Stress Ke Jadi Surirumah?

Assalamualaikum.

Sambil memangku Irdhina Aneesa yang tengah tidur dan bersedia untuk update blog, tiba-tiba datang idea ini untuk buat segmen “Aku Seorang Surirumah”. Dalam segmen ini, saya nak kupaskan (macam kupas bawang) segala aspek tentang surirumah ini. Sebabnya, baru-baru ini saya ditanya oleh seorang kawan mengenai isu surirumah ni. Soalannya begini, dan dia mahu jawapan yang jujur dari saya.

“Tak stress ke duduk rumah jaga anak je?” Masa baca soalan ini, apa yang terlintas dalam hati saya ialah “Gila kau tak stress!” Haha. Lepas tu saya pun jawab lah betul2, lebih kurang macam bawah ini:

Stress tu memanglah stress, tapi bukanlah hari2. Nanti dalam masa beberapa minggu, adalah satu hari yang aku rasa stress, moody, nak menangis je. Itu kiranya limit dah sampailah tu. Masa tu aku akan cakap kat Karim, suruh dia jaga anak atau bawa keluar. Aku pula duk rumah dan berendam dalam bath tub, pasang lilin, lepastu pakai baju lawa2 dan wangi2kan diri, then aku ok la balik.

Selalunya saya akan rasa stress ini bila Ammar tiba-tiba je asyik nak meragam tapi saya tak tahu dia nak apa. Dan juga bila tengok rumah bersepah macam tongkang pecah. Dua benda ini memang boleh membuatkan ‘temperature’ naik dengan serta-merta dan pertolongan Cik Abang sangat-sangat diperlukan untuk meredakannya balik.

Jadi, jangan fikir kami yang duduk rumah ni senang aja kerjanya. Kami pun stress juga tau. Kami pun ada masalah kami sendiri. Oh siapa lagi yang surirumah tu, jom bagi idea untuk segmen “Aku Seorang Surirumah” yang seterusnya. =)

KLIK SINI untuk RAHSIA Menjadi Seorang Suri Rumah Profesional!

43 Responses

  1. Lyn
    | Reply

    Saya pernah mengalaminya, memang stress sampai STROK.
    Apa pun salam kenal dari saya.

  2. […] Mungkin sudah berulang kali skrip ini kita dengari. Cuma, malangnya kita jarang semat dalam hati. Asyik pentingkan diri sendiri. Nak sedap sendiri. Tak fikir susah dan penat isteri. Nak tahu apa yang seorang isteri alami, sila baca entri ini –> Tak stress ke jadi suri rumah ni? […]

  3. kakpb
    | Reply

    akak dah join tau…
    kakpb recently posted..Segmen Aku Seorang Surirumah – Blog BardbooMy Profile

  4. Mama Murai
    | Reply

    Memang stress, apa lagi bila dalam masa yang sama terlibat dengan perniagaan. Saya rasa masa yang dihabiskan untuk bekerja lebih banyak berbanding ibu-ibu yang bekerja. Bayangkan dalam masa 24 jam tu, kita kena mengasuh anak, memasak, berjumpa pelanggan dan menguruskan hal rumah. Sebab itu saya lebih suka memanggil surirumah sebagai Ibu Profesional. Sebabnya bukan mudah untuk menjadi seorang surirumah.
    Mama Murai recently posted..Wordless Wednesday #31 | This is the reason, why i love SabahMy Profile

  5. ustazah Ain
    | Reply

    Memang surirumah layak dihargai..terutama yg anak ramai.
    Besar pahala yg Allah berikan..itulah untungnya perempuan mudah masuk syurga yang penting ikhlas.

  6. Mekar
    | Reply

    Salam bardboo,
    Sya pun surirumah juga. tapi takde anak lagi (jadi xde la stress macam kalian semua). suami pun tak izin kerja, so sya jadi PA dia ikut dia kalau ada urusan kerja di luar. Bila relaks sgt macam ni pun jadi bohsan juga… Apa2 pun sya syukur atas rahmat dr yg ESA.
    Mekar recently posted..Tips Suami Pandang Isteri Sentiasa CantikMy Profile

  7. Jom Join Segmen Aku Seorang Surirumah
    | Reply

    […] Previous post: Tak Stress Ke Jadi Surirumah? | Segmen Aku Seorang Surirumah […]

  8. Datin Tyka
    | Reply

    haa betul betul..
    mak DT, kalau nampak rumah sepah, gegaqqq satu rumah.. ahahhaha
    Datin Tyka recently posted..Trademark Datin TykaMy Profile

  9. Kulanzsalleh
    | Reply

    Suri rumah ni memang ada stres nya.. terutama masa berdepan dengan karenah anak2..
    tapi kalau dapat suami yang jenis memahami dan ringan tulang, stres tu agak kuranglah sikit, kan? πŸ˜€
    Kulanzsalleh recently posted..Surat Daripada GoogleMy Profile

  10. Belajar Cinta
    | Reply

    Kalau stress dan penat.. jom cari hiburan.. πŸ˜€
    Belajar Cinta recently posted..Mengungkap Rahasia Kaya Pasca NikahMy Profile

  11. […] Jom JOIN SEGMEN NI — > Β Tak Stress Ke Jadi Surirumah? | Segmen Aku Seorang Surirumah […]

  12. zie fauzi
    | Reply

    maunya tak stress..lagi stress kalau tgh membuang [dlm toilet la tu] tiba2 anak duk menangis…terbantut hajat nk melabur…hihihi…tp stress dgn anak ni boleh hilang bila tetiba dia buat muka kelakar..Ambik hati la tu…
    zie fauzi recently posted..Angkat dan TarikMy Profile

  13. titan
    | Reply

    aah..gua memang stress sungguhh..
    titan recently posted..Pernah Tak? – Part 1My Profile

  14. puanbee
    | Reply

    Bard ajak la geng2 surirumah buat entri .. haha tak kan segmen buat sesorang kot .. ngee akk balas segmen ni nanti yek ..
    puanbee recently posted..Mivva Beauty Box – Review Beauty Box Mac 2013My Profile

  15. puanbee
    | Reply

    akk nagis semalam depan anak2 , gara2 stress la tu , akk dah la demam 3 hari , apa pun tk larat nak buat , baju longgok2 banyak , dlm mesin , baldi semua penuh , pinggan mangkuk penuh singki ,

    anak2 boleh saja2 main sepah2 semua benda , akk punya takde suara nak cakap pun akk cakap gak smbil nagis2 teruk tak ? ngee

    tapi bukan selalu … harap2 tuhan redho .. ngeee
    puanbee recently posted..Mivva Beauty Box – Review Beauty Box Mac 2013My Profile

  16. Amir
    | Reply

    perempuan meamng ada cara2 dia tersendiri nak kasi release πŸ™‚
    Amir recently posted..Gambar Close Up Wawa Zainal Yang CantikMy Profile

  17. Ummi Hanie
    | Reply

    bard, akk dah 5 org… gila tak stress. hahaha….

    tp setuju. walaupun akk xde bathtub di rumah (hohoho) tp alhmdllh dgn pertolongan suami samada secara sokongan moral/fizikal akk akn cepat reda balik… cuma hangin tu adakalanya lama sikit, adakalanya kejap jer… :p

    akk cube bayangkan kalau anak2 ni semua tak de depan mata, lg stress dan sunyi kot
    Ummi Hanie recently posted..Update pertukaran nombor telefon di mesin ATMMy Profile

  18. fiezaradzi
    | Reply

    mmg stress kalau nak2 bab anak meragam tu.. tapi itulah dia bakti yg mak curahkan.. pun teringin nak kerja dari rumah je.. kalau lah boleh..

    kalau hujung minggu stress + seronok, dapat sama2 dgn anak, dan suami.. bila anak meragam dan gaduh, itu yg stress tu, tapi nasib baik de cik abang kan.. mmg byk membantu
    fiezaradzi recently posted..Tips Sihatkan Badan, Makan OatMy Profile

  19. hafizmd
    | Reply

    Mmg stress, tapi itulah pengorbanan terbesar seorang ibu dan bapa (kalau depa tlg tgkkan jugaklah)

    Oklah tu Bard ada cara utk hilangkan stress. Yg penting, stress kena dikawal elok2 =)
    hafizmd recently posted..Oh! PersepsiMy Profile

  20. Oneblogsocial
    | Reply

    Terhenti pada ayat ini “Gila kau tak stress”
    Oneblogsocial recently posted..Get Malaysian Business OnlineMy Profile

  21. Arieffahmi Abd Razak
    | Reply

    Bakal isteri saya ialah bakal seorang doktor. Kejam tak kalau nanti dalam 10 tahun lagi saya suruh dia jadi suri rumah sepenuh masa dan tinggalkan kerjaya doktornya?haha.. tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia! πŸ˜€

    Selamat berkenalan kak. jemput datang ke blog baru saya. πŸ˜€

  22. staibaqhang
    | Reply

    hahahah… menarik tajuk posting kali nih…
    betul tu dimana pun kita kerja… tak kerja … masalah mesti ada… apa yang penting?… kerja sama… ulang beberapa kali mcm wonderpat…. selamat beramal…
    staibaqhang recently posted..motivasi BumiputeraMy Profile

  23. akubiomed
    | Reply

    Tak apa baru 2 orang. Kalau saya anak-anak lelaki memang riuh. πŸ™‚
    akubiomed recently posted..Lesung kayu semakin dilupakanMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge