» » Bukan Cinta Muka Buku

Bukan Cinta Muka Buku

Assalamualaikum.

Sedang otak sibuk memikirkan ilham untuk menyertai Pertandingan Ulangtahun Perkahwinan ke-21 Kak Kujie, tiba-tiba laju nyanyian Najwa Latif ini terngiang-ngiang di telinga.

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku

Kau hantar pesan suruh aku terima kamu

Ooh hati ku rasa sesuatu

Dan ingin saya nyatakan, cinta kami berdua bukanlah cinta muka buku. Kerana awal perkenalan kami adalah melalui Friendster, yang cukup terkenal dulu sebagai laman jaringan sosial sebelum wujudnya Facebook. Tapi corak perkenalannya hampir sama dengan lirik lagu di atas. Si dia melihat gambar saya melalui akaun adik fasilitatornya yang merupakan rakan praktikum saya di KMNS.

Di awal perkenalan, kami cuma berhubung melalui Friendster, dan kemudian bertukar pula kepada talian telefon. Hubungan menjadi semakin rapat bila saya melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam, dan dia pula di UTM Skudai.

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku

Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu

Oohh kenakah rasa itu

Bagaimana harus bersua

Ku rasa gementar tapi bahagia

Perlukan kita cari peluang pertama

Walaupun kita tak pernah berjumpa

Setelah beberapa bulan berkenalan secara ‘maya’, Si dia menyatakan hasrat untuk bersua muka. Tapi saya sering mengelak dengan memberi pelbagai alasan, sehinggalah pada suatu hari entah bagaimanan soalan keramat terpacul dari mulut saya ” Orang Johor tak mahu jumpa dengan orang Klang ke?” Dan itulah sebagai permulaan detik pertemuan kami.

Pertemuan pertama berlangsung hanya selama setengah jam di Dataran Cendekia UiTM Shah Alam, sementara saya menunggu masa untuk ke kelas petang. Hati rasa berdebar-debar macam nak meletup rasanya. Pertama kali berjumpa dengan Si dia, memang lain sangat rasanya kerana saya sangat pemalu dengan lelaki. Menurut kati Si dia, tiap kali mata bertentang mata, saya akan cepat-cepat pandang ke tempat lain ataupun buat-buat minum air. Malu pula bila dikenangkan saat-saat itu. Bermula dari situ, hubungan kami menjadi bertambah rapat.

Banyak persoalan yang berada di minda

Banyak tanda tanya dan juga kata kerja

Otak kata jangan hati pula kata ya

Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya

Kata hati dan rasa tak dibiarkan saja

Setiap yang berlaku ada kebaikannya

Harus pejam mata dan cuba apa saja

Dari awal perkenalan, saya sudah tanyakan pada Si dia. Apa yang dia mahukan dari perhubungan ini? Dan jawapnya, dia mahu kenal saya, kenal hati budi saya. Dan jika sesuai, dia mahu ambil saya menjadi teman hidupnya. Banyak kali soalan ini saya tanyakan padanya, dan jawapannya tetap sama. Disebabkan jawapan inilah saya nekad untuk menruskan hubungan dengannya, walaupun ada juga pahit dan dukanya. Jika jawapannya yang diberikan adalah hanya untuk berkenalan suka-suka, memang masa itu jugalah saya akan tinggalkannya. Tidak perlu kita menaruh harapan pada orang yang tidak serius dalam perhubungan, itu prinsip saya.

Selain dari soalan di atas, saya juga perhatikan cara dan layanan dia terhadap ibunya. Kerana pada saya, cara dan layanannya itulah yang akan menentukan bagaimana bentuk layanan yang akan saya terima bila sudah menjadi isterinya. Saya gembira bila melihat Si dia begitu rajin dalam membantu ibunya membuat kerja-kerja rumah dan cara cakapnya pun sopan bertertib. Oh hati ini susah terpaut nampaknya!

Dan setelah empat tahun perkenalan, kami pun mengikat tali pertunangan dan kemudian diijabkabulkan apabila saya sudah tamat pengajian di universiti. Setahun selepas berkahwin, saya mengikut Si dia menyambung pelajaran di negara orang. Dan kini, kami bahagia dengan kehadiran Izz Ammar putera hati kami dan sedang menunggu kehadiran si kecil ‘Baby I.A’. Semoga ikatan perkahwinan ini akan berkekalan hingga hujung nyawa, InsyaAllah…..

44 Responses

  1. Ummi Hanie
    | Reply

    ooo… begitu kesahnye…

    betul, dulu facebook mendominasi, sama2 dgn myspace kan… skrg dua2 tu dah lingkup… hehehe…

    apapun, semoga terus bahagia ke akhir hayat ye bard n hubby, n kids also 😉

    best tu dpt merantau ngr org
    Ummi Hanie recently posted..Wordless Wednesday #55: Gambar-gambar yang menyentuh hati…My Profile

  2. ajumohit
    | Reply

    Emmm kalau dikenang saat perkenalan itu tersenyum simpul bila mengingatinya 😉
    ajumohit recently posted..9 tips penting tentang penjagaan gigiMy Profile

  3. Anarm
    | Reply

    bukan cinta muka buku.. cinta friendster.. nice..
    Anarm recently posted..Pertama Kali Terpandang Hati Rasa TerpautMy Profile

  4. Hafizul
    | Reply

    Hehehe..semoga berbahagia ke anak cucu dan dimurahkan rezeki serta mempunyai anak yang ramai..hahaha..dan semoga entri ni berjaya memenangi tawaran hadiah sepertimana yang dijanjikan..hehe
    Hafizul recently posted..Antara Mak Cik Monopos & Anak DaraMy Profile

  5. Bro Framestone
    | Reply

    Bro kenal di meja poker di facebook.

    Ada berani nak berkenalan dengan bro disana…..
    Bro Framestone recently posted..Pesanan Teristimewa Dari Heliza HelmiMy Profile

  6. Jebeng Otai™
    | Reply

    aah..dulu fs ni terkenal..skang ni dh snyap lak..hehe
    Jebeng Otai™ recently posted..Buta PhotoshopMy Profile

  7. sumijelly
    | Reply

    semoga terpilih………

    tak reti nak karang la…hehehehe kalu tak sure joint…
    sumijelly recently posted..Whatchuwant Pimp My Ride!My Profile

  8. kimmie
    | Reply

    ooo…dari friendster rupanya…comel je cerita Bard ni
    kimmie recently posted..Email satu bentuk cara penipuanMy Profile

  9. Juan
    | Reply

    terbaiklah kisah nih, semoga berbahagia hingga akhir hayat
    Juan recently posted..Tutorial dan Cara Cara Install Android Papago M9My Profile

  10. hatiputera
    | Reply

    semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
    hatiputera recently posted..Statistik : Top Komentator September 2012My Profile

  11. titan
    | Reply

    ohh..begitu ceritanya.. hehe..
    titan recently posted..Dah balik dahhh..My Profile

  12. zool
    | Reply

    mesti terkenang hari perkahwinan kan.. saya ntah bila ntah
    zool recently posted..Pencapaian September 2012 dan perancangan Oktober 2012My Profile

  13. Naziman
    | Reply

    Bila baca ni kan, banyak teringat kisah lama. hehe. Kiut si kecil tu, pipi tu macam nak cubit2. hehe
    Naziman recently posted..Blog Popular mesti ada kumpulan – Tip BloggingMy Profile

  14. padin
    | Reply

    moga bahagia selamanya…
    wah cambest je bila baca2 semula kisah2 camni ekekee

  15. muazfaris
    | Reply

    sangat romantik
    muazfaris recently posted..Menjejakkan kaki di Tanta, MesirMy Profile

  16. kodinz
    | Reply

    real life love story. so tweeet … 🙂
    kodinz recently posted..Buat Duit Dengan Clickbank – Pemasaran Melalui YoutubeMy Profile

  17. Hazmin Hamudin
    | Reply

    Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Nice story.. Bukan semua cinta maya ni palsukan walaupun sekarang ni banyak yang tipu belaka.
    Hazmin Hamudin recently posted..Samurai Beef Burger McDonald’sMy Profile

  18. shraqs
    | Reply

    Boleh dijadikan contoh & panduan kepada pengguna laman sosial supaya gunakan dengan cara yg betul. BTW, semoga berkekalan.
    shraqs recently posted..Tim Cook Memohon Maaf Di Atas Kegagalan Aplikasi MapsMy Profile

  19. anif
    | Reply

    Semoga berkekalan hingga hujung nyawa… Amin.
    anif recently posted..Kalendar Penuh Perlumbaan Formula 1 (F1) Musim 2013My Profile

  20. ann
    | Reply

    hemmm…bagusnya ayat seribu makna.Apa yang dia mahukan dari perhubungan ini?soalan ini sebenarnya jadi kayu pengukur dalam setiap perkenalan gadis dan teruna.
    ann recently posted..Lebih 2000 tahunMy Profile

    • Bardboo
      | Reply

      harapnya boleh jadi panduan bagi mereka2 yang baru hendak berkenalan di luar sana…
      Bardboo recently posted..Bukan Cinta Muka BukuMy Profile

  21. Eizil
    | Reply

    Ada persamaan kisah kita, tapi biarlah menjadi rahsia bahagian mana yang sama tu kan… apapun, semoga bard dan suami kekal bahagia selamanya.
    Eizil recently posted..Kejutkan daku pabila september berakhir.My Profile

  22. tehr
    | Reply

    semoga kekal bahagia selamanya
    memang dah ada mirip cinta muka buku ni
    hehe
    tehr recently posted..Haruan Makan AnakMy Profile

  23. akubiomed
    | Reply

    Apa bila uda dan dara bertemu akan kelu lidah. Bermakna masing-masing menaruh hati antara satu sama lain. Selamat berjaya kepada Bardboo. 🙂
    akubiomed recently posted..Tip memilih pasangan cara old styleMy Profile

  24. kujie
    | Reply

    terimakasih kerana sudi menyertai dan berkongsi cerita… kak jie suka nak baca kisah mcm ni. moga rumahtangga bahagia kenal dalam rahmatNya

Leave a Reply

CommentLuv badge