» » Bullet Journaling; Cara Mudah Untuk Ingat Semua Benda!

Bullet Journaling; Cara Mudah Untuk Ingat Semua Benda!

Assalamualaikum.

Sebelum ini, Mama ada kongsikan tips gunakan planner untuk urus hidup. Tapi nampak gayanya Mama tak boleh nak teruskan guna sistem tersebut kerana;

  • Mama malas dah nak print dan tebuk lubang setiap kali helaiaan dalam planner tu habis
  • Susah nak bawa planner tu ke mana-mana sebab saiznya agak besar (saiz A5)

Jadi disebabkan dua perkara di atas, planner Mama tu macam terbengkalai tak digunakan. Sehinggalah Mama terjumpa dengan satu teknik baru ini, iaitu Bullet Journaling. Mula-mula baca tu, rasa macam biasa-biasa je sistemnya.

Tapi bila Mama baca lagi perkongsian dari individu-individu yang menggunakan sistem ini, barulah Mama nampak apa bezanya Bullet Journaling dengan sistem Planner yang lain.

bullet journal

Apa Itu Bullet Journaling?

Secara ringkasnya, kita gunakan satu buku nota untuk catat semua benda yang ada dalam fikiran kita ini. Tak kisahlah samaada ianya to-do list, grocery list, nota, dan sebagainya. Pendek kata, kita kosongkan otak dengan mencatatkannya ke atas kertas.

Cara original untuk kaedah ini anda boleh baca di web Bullet Journal ini. Tetapi, ramai juga yang dah ubahsuai kaedah ini untuk sesuaikan dengan cara masing-masing.

Untuk lebih faham tentang sistem ini, anda boleh tonton video di bawah.

Kalau nak tahu lebih lagi, boleh sertai group Facebook ini;

Pengalaman Sendiri Menggunakan Sistem Bullet Journal

Masa mula-mula tahu tentang sistem ini, Mama cuba buat dulu dalam buku latihan Matematik. Bila dah cuba guna untuk seminggu, memang rasa sistem ini lebih mudah dan praktikal. Jadi Mama pun mulalah mencari buku nota yang sesuai.

Mula-mula pergi ke MPH di Mid Valley. Mama mencari buku yang saiznya boleh muat dalam bag yang selalu Mama bawa berjalan. Beg tu kecil je, jadi buku nota pun kenalah kecil. Dan Mama mencari buku yang jarak antara garis adalah 5mm, tapi kebanyakan buku bersaiz 8mm. Bila dah jumpa buku yang sesuai, terkejut pula dengan harganya!

Jadi Mama tangguhkan dulu. Bila pergi Daiso, terjumpalah dengan satu buku nota yang memang sesuai sangat! Terus rembat dua. Murah je kan, RM5.30 satu.

Buat masa sekarang, Mama nak cuba dulu gunakan kedah ini untuk sebulan. Bulan depan nanti Mama akan update ye apa yang jadi dengan buku ini. Dan akan kognsikan benda-benda yang ada dalam buku nota comel ini.

Ada ke siapa-siapa yang rasa nak join buat benda ini? Meh angkat tangan! =)

 

KLIK SINI untuk RAHSIA Menjadi Seorang Suri Rumah Profesional!

 

 

Salam sayang dari MamaBard,Portfolio MamaBard

9 Responses

  1. jida
    | Reply

    saya ni jenis yg malas nak menulis..
    even dah beli planner bagai..memula je semangat. lepas tu planner dah ke mana2..
    sekarang ni nak start istiqamah tulis plan dalam planner. Baru sistematik sikit kan?
    jida recently posted..Testimoni Vivix – Bertahun-tahun Sakit Urat dan Sendi, Kini Semakin PulihMy Profile

  2. Alin Marlini
    | Reply

    memang sentiasa ada buku nota dlm beg. kadang teringat tulis…kadang tulis dlm note henpon jek…menarik jugak bullet journal ni…jap bagi hadam nak fahamkan dulu…hehehe
    Alin Marlini recently posted..Alamak! Ayam Den Lopeh….My Profile

  3. faiz
    | Reply

    Memang tak berapa suka nak tulis dalam buku, selalu ingat dalam kepala je
    faiz recently posted..Cara Nak Dapat Kawan RamaiMy Profile

  4. adianiez AIDA
    | Reply

    hai siti. first time aida terjah sini.
    tu pun dari fb gmbm.
    aida selalu gi sitibadariah.blogspot.
    ada tinggalkan komen.
    official blog yg ni ye?

    anyway, aida takde spesifik diari / note book.
    memang tak terkawal kalau ada.
    just hal keje je guna sepenuhnya diari jabatan.
    hal rumahtangga / sosial ~ dlm kepala ha ha…

    • MamaBard
      | Reply

      hai aida..haah yang ini blog utama saya..yang blog lagi satu tu baru je buat..hihi..

      saya tak boleh kalau tak keluar dari kepala semua benda yang nak dibuat..nanti rasa macam serabut je..dan boleh jadi marah-marah..huhu..
      MamaBard recently posted..Cara Pulihkan Kembung Perut Supaya Bayi Lena TidurMy Profile

  5. Salmiah Md Zain
    | Reply

    kita mudah lupa walaupun bende tu selalu kita buat, mungkin system nie boleh membantu kita kan. sangat menarik system ni.
    Salmiah Md Zain recently posted..9 Tips Tradisional & Moden Atasi Kulit Kering Dan Tumit Kaki PecahMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge