» » Cabaran Berebut Gajet Dengan Anak Bagi Ibu Yang Berniaga Online

Cabaran Berebut Gajet Dengan Anak Bagi Ibu Yang Berniaga Online

Assalamualaikum.

Alhamdulillah makin ramai ibu-ibu yang mengambil keputusan untuk berniaga online. Sambil-sambil melayan Facebook dan blog, boleh juga jana pendapatan untuk keluarga.

Tapi antara cabaran terbesar bagi ibu-ibu berniaga online ini adalah untuk berebut gajet dengan anak. Bila kita pegang smartphone, dia pun nak juga sebab nak main game. Bila kita menghadap laptop, dia pun sibuk nak duduk di pangku dan tekan-tekan keyboard.

ketagih gajet

Memang sepatutnya anak-anak ini dikawal penggunaan gajetnya dari kecil lagi. Tapi disebabkan kita ni berniaga online, jadi smartphone dan laptop memang dah jadi keperluan harian. Jadi macam mana nak buat? Video di bawah padat dengan tips-tips yang sangat berguna untuk kita tamatkan masalah berebut gajet ini.

Situasi Sendiri

Bagi Mama pula, Alhamdulillah memang ada praktikkan tips-tips yang diberikan di atas. Setiap pagi dari pukul 9-11 pagi, Mama memang peruntukkan masa ini untuk anak-anak sahaja. Masa inilah kami buat aktiviti sama-sama. Dan Mama pastikan waktu ini adalah waktu gadget-free.

Bila dah pukul 11 pagi, kami akan berhenti dan anak-anak dapat tengok TV sementara Mama sediakan makanan tengahari. Sambil-sambil masak tu, tengok-tengok jugalah handphone kalau-kalau ada mesej dari customer.

Bila Mama update blog? Selalunya bila anak-anak tidur baru Mama akan on laptop dan update blog. Jadi, memang terpaksalah korbankan sikit masa tidur tu. Huhu.

Yang Mama perasan bila dah lama sediakan masa khas untuk anak-anak sahaja tanpa gajet, diorang nampak lebih gembira dan tak banyak meragam. Jadinya bila Mama memasak lepas tu, diorang tak adalah asyik nak mengacau je sebab nak tarik perhatian.

Dan diorang pun dah kurang nak pegang handphone Mama dan Papa. Kalau ternampak handphone kami bersepah di mana-mana, diorang akan ambil dan bagi kami semula. Diorang cuma dapat masa bergajet sebelum tidur, yang mana kami pasangkan cerita Upin dan Ipin, tapi itupun handphone kami yang pegang dan memang dapat tengok satu cerita je. Lepas habis, kena tidur.

Alhamdulillah sekarangni dah kurang masalah berebut gajet dengana anak. Cuma kadnag-kadang tu ada juga diorang tiba-tiba nak sangat pegang hanphone Mama dan Papa. Tapi selalunya, memang diorang dah tak heran dah pun. Syukur sangat tau.

berebut gajet

Bagi mak-mak yang ada masalah berebut gajet dengan anak, bolehlah praktikkan tips-tips yang diberikan dalam video di atas tu. InsyaAllah, Allah pasti permudahkan urusan kita kerana kita berusaha untuk memperbaiki taraf hidup keluarga.

Jangan sekali-kali anggap anak sebagai penghalang untuk berniaga online, ok?

 

KLIK SINI untuk RAHSIA Menjadi Seorang Suri Rumah Profesional!

 

 

Salam sayang dari MamaBard,

Portfolio MamaBard

8 Responses

  1. Maria Firdz
    | Reply

    nice tips.. tapi kami jarang berebut gadjet…
    Maria Firdz recently posted..Suami Kepada Seorang Blogger!My Profile

  2. AZENI AHMAD
    | Reply

    Kadang-kadang anak-anak perhatian je.
    Bila mamanya sudah pegang gajet untuk buat kerja kan.
    So far waktu malam adalah waktu yang tenang untuk buat kerja terutamanya untuk buat artikel.
    AZENI AHMAD recently posted..Cara Rawat Hypoglycemic Semasa HamilMy Profile

  3. Ikhwan Fahmi
    | Reply

    anak saya baru seorang, jadi handphone saya dia seorang yang main.
    Ikhwan Fahmi recently posted..Tips Temuduga Latihan Separa Perubatan Gred U29My Profile

  4. Khairul
    | Reply

    Dengan anak jarang berebut ,kalau dengan adik selalu la,maklumlabelum kahwin lagi 🙂
    Khairul recently posted..Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27My Profile

  5. suri
    | Reply

    tak berebut pun sebab more laptop sahaja. hp selalu whatup atau simpan gambar sahaja alahai..
    suri recently posted..Jahit Poket Baju Kurung Tradsional Kain Susun Tepi Edisi CahayacintaMy Profile

  6. daddydee
    | Reply

    biasa berebut gadjet dengan anak. Tapi selalu dia menang sebab mem besar backup…ahaha

    tp anak adalah permata yg indah.
    daddydee recently posted..Cara Mudah Hilang 3kg SemingguMy Profile

  7. nadiah hanum
    | Reply

    Betul…even kita selalu bersama anak, still kena ada timetable supaya ada ruang yg berkualiti bersama anak…jgn biarkan gadget mengambil alih peranan kita utk isi kekosongan bersama anak…nice entry! Salam kenal dari ciknad
    nadiah hanum recently posted..SEDAP SANGAT RASA TALI JAM???My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge