» » Ada Anak Kecil Bukan Penghalang Untuk Berbisnes Online!

Ada Anak Kecil Bukan Penghalang Untuk Berbisnes Online!

Assalamualaikum.

Kos sara hidup di Malaysia makin meningkat setiap hari. Harga minyak naik, harga tol naik, harga barangan naik, dan tekanan hidup juga naik. Dengan GST yang akan dimulakan tak lama lagi ni, sudah pasti kita akan makin terbeban, kan?Jadi apa yang kita perlu buat untuk pastikan kita tak tergolong dalam golongan fakir miskin selepas ini?

harga naik

Pertama, kurangkan perbelanjaan. Tetapi kalau tengok balik di atas, perkara ini pasti sukar dilakukan kerana kos hidup memang sudah meningkat. Dan semua benda-benda tersebut adalah faktor luaran yang kita tidak boleh kawal.

Kedua, tambahkan pendapatan. Haa, yang ini merupakan faktor yang boleh kita kawal. Cara paling mudah untuk tambah pendapatan adalah dengan berniaga, kerana 9/10 punca rezeki adalah dengan berniaga.

Bisnes Online Mana Yang Bagus?

Nak berniaga apa? Sekarangni, ada pelbagai jenis bisnes online yang boleh kita buat. Bisnes dropship, bisnes affiliate, bisnes MLM, dan pelbagai lagi. Kita cuma perlu pilih bisnes yang sesuai dengan minat kita, dan kemudian fokus 100%.

bisnes online dari rumah

Haa mesti ada mak-mak yang mula berkata dalam hati “Susahlah nak berniaga dengan ada anak kecil ni”. Memang bukan senang, tapi tak mustahil. Buktinya, sudah ramai ibu-ibu yang berjaya membuat bisnes online walaupun mereka mempunyai anak kecil. Jadi, anak kecil itu bukan penghalang untuk kita berniaga.

Cabaran utama bila menjalankan bisnes online ini adalah masalah berebut laptop dan hanphone dengan anak. Video di bawah padat dengan tips-tips berguna untuk menangani masalah berebut gajet dengan anak:

Tips Urus Anak Sambil Berniaga Online from iReach HD on Vimeo.

Sebenarnya kan, buat bisnes online dari rumah merupakan pilihan terbaik untuk semua supermak tau. Sebabnya kita boleh jaga anak sendiri, dan tak perlu keluar dari rumah selalu. Kalau anda rasa perlukan semangat lagi untuk memulakan bisnes, jemputlah baca 3 tips mudah berjaya dalam bisnes online untuk surirumah yang Mama dah sediakan ini.

buat bisnes online dari rumah

Semoga lebih ramai lagi ibu-ibu yang berani menceburkan diri dalam bidang perniagaan online. Berniaga ini tak susah, asalkan kita ada ilmu dan buat dengan bersungguh-sungguh.

KLIK SINI untuk RAHSIA Menjadi Seorang Suri Rumah Profesional!

Salam sayang dari MamaBard,

Portfolio MamaBard

5 Responses

  1. Aniey Yusoff
    | Reply

    mana mungkin anak menjadi penghalang sebab demi anak-anak la ibu2 semua kuat semangat meneruskan perjuangan bisness..
    Aniey Yusoff recently posted..Tak Semua Vitamin C Itu Baik Untuk Kulit Yang PutihMy Profile

  2. roslina
    | Reply

    Sukanya tengok video tu..WAHM di New Zealand.Kena kerja kuat dan smart untuk berjalan-jalan lagi nanti.Terima kasih.Terinspirasi saya bila menonton
    roslina recently posted..Buku 2 [Projek 100 Buku]My Profile

  3. […] sekali-kali anggap anak sebagai penghalang untuk berniaga online, […]

  4. ikhwan
    | Reply

    anak-anak adalah penguat semangat ibu bapa 🙂
    ikhwan recently posted..Teknik Jana Trafik Affiliate Niche KerjayaMy Profile

  5. Malaysia Tercinta
    | Reply

    Tiada alasan untuk tidak boleh buat bisnes online. Bisnes borong online pun boleh…
    Malaysia Tercinta recently posted..Bagaimana Cara Borong Barang ChinaMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge