» » Cara Ambil Gambar Pasport Bayi

Cara Ambil Gambar Pasport Bayi

Assalamualaikum.
Masa mula-mula nak buat pasport gambar Ammar dulu, saya terpikir macam manalah cara nak ambil gambar pasport baby ni ek? Kena baringkan kat bawah ke dan lepastu ambil gambar gambar dari atas? Macam lawak la plak kan? Hehehe. Sebenarnya bukan macam tu cara nak ambil gambar pasport bayi.
Cara yang betul adalah baby tu diletakkan diletakkan di atas kerusi yang biasa kita guna untuk ambil gambar pasport tu. Lepastu kena ada seorang yang duduk kat sebelah baby tu dan support belakang badan dan kepala baby. Kenalah pandai-pandai adjust supaya kelibat orang yang lagi sorang tu tak nampak dalam gambar yang diambil.
Dan resultnya akan dapatlah gambar yang seperti ini:
Model: Izz Ammar Bam Bam

Yang gambar no.2 tu tak boleh pakai la sebab nampak jari Cik Abang yang tengah support belakang Izz Ammar. Yang gambar no.1 tu lebih ok dan kepala Ammar pun tak adalah senget2. Hehe. Tapi saya lebih suka gambar no.2 sebab Ammar nampak sangat bam bam!!! =)

Kata Bardboo: Masa nak ambil gambar pasport ni Ammar OK je. Tapi semalam susah betul nak ambil gambar visa dia. Aduyai, kena pergi lagi ke kedai gambar hari ni. Huhu…

One Response

  1. molie
    | Reply

    salam…terjumpe blog ni…aww..dah lama duduk france ye? nanti amik gambar paspot kat kedai lah eh? (mahap, tak pernah buat pasport)
    molie recently posted..balik johor bahru! yeay!My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge