» » Cara Buat Tulisan Bercorak

Cara Buat Tulisan Bercorak

Apa bendanya tulisan bercorak tu? Sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa. So apa yang saya maksudkan adalah gambar seperti ini:

~Dalam tulsian tu ada corak-corak, tak kisahlah apa-apa corak yang kita mahu pun~
Ok, paham dah kan? So jum tengok macam mana cara nak buatnya. Ni saya buat guna Adobe Photoshop Elements 6.0.
1. Open gambar yang nak diletakkan di dalam tulisan.
2. Tekan tools yang berhuruf “T”, dan taip tulisan yang dikehendaki. Adjust jenis tulisan, saiz, dan sebagainya.
3. Pergi ke “Layer palette”, dan tarik layer “TEXT” ke bahagian bawah. Tulisan yang ditaip tadi akan hilang, dan hanya gambar yang dipilih mula-mula tadi je yang akan kelihatan.

~SEBELUM~
~SELEPAS~
4. Klik menu “Layer” > Group with Previous. Boleh edit tulisan tu lagi untuk mencantikkanya dengan menggunakan tools “Effects”. Pastu siap! Selamat┬ámencuba ye. =)
Ehem: Lepasni mungkin akan buat tutorial untuk buat header transparent plak. Tunggu yer…. =)

Leave a Reply

CommentLuv badge