» » Cara Hilangkan Kesan Marker Pen di Dinding

Cara Hilangkan Kesan Marker Pen di Dinding

posted in: Shaklee | 2

cara hilangkan kesan marker di dingding (1)

Assalamualaikum.

Anak-anak kecil memang penuh dengan daya imaginasi. Bila dapat pen ataupun marker, mulalah masing-masing nak menunjukkan hasil kreativiti. Tempat menconteng kesukaaan anak-anak sudah semestinya di dinding! Betul tak? Kebanyakan dari kita yang ada anak kecil, memang tak boleh lari dari masalah dinding kena conteng, kan?

Sebelum ni, saya ada kongsikan gambar contengan Ammar di Facebook. Sekarangni saya nak kongsikan di sini pula. Ammar conteng dinding guna marker pen. Tak tahulah dari mana dia ambil marker tu. Terkejut masa tengok hasil contengan dia tu. Nak marah pun tak guna, sebab benda dah jadi kan. Tapi saya sempat ambil gambar dan Whatsapp pada Cik Abang, nak bagi dia tengok kreativiti anak bujangnya ni. Hehe.

Lepas tu, saya pun duk fikir macam manalah nak hilangkan kesan marker ni. Ye la, kami ni duduk menyewa di rumah orang. Seganlah bila nak keluar rumah ni nanti kalau ada contengan-contengan comel ni. Huhu. Saya pun teringat yang kawan-kawan pernah kongsikan testimoni Basic H Shaklee boleh hilangkan pelbagai kotoran degil.

kesan marker

Saya pun cepat-cepat ambil span basuh pinggan dan kemudian letak beberapa titik Basic H. Lepas tu gonyohkan pada kesan marker yang berwarna merah tu. Susah juga nak menyental tu sebenarnya. Tapi, memang hilanglah kesan degil tu! Yang warna hitam tu kesan pen yang dah lama. Saya cuba sental juga, dan Alhamdulillah boleh hilang. Yaey, happy sangat rasanya. Memang berbaloilah ada Basic H kat rumah ni. =)

Bagi yang belum ada stok Basic H di rumah, boleh dapatkannya dengan menghubungi nombor ini ye:

Aisyah 017-2262095

 

2 Responses

  1. ubat gout
    | Reply

    ohhh..

    boleh hilang ye kesan marker tu rupanya. leh cuba ni.
    ubat gout recently posted..Ubat Gout Rhizoplus – Penawar Gout yang berkesan.My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge