» » Cara Kemas Rumah Dengan Teknik Konmarie

Cara Kemas Rumah Dengan Teknik Konmarie

cara kemas rumah

Assalamualaikum.

Tak semua orang suka kemas rumah. Ada yang rasa kemas rumah ini susah. Sebabnya baru lepas kemas je, dah bersepah semula. Terutamanya bagi yang ada anak kecil.

Rumah saya pun macam tu juga sebenarnya. Selalu penuh dengan sepah yang anak-anak buat. Nak dilarang sangat memang tak bolehlah kan. Sebab dengan bermain itulah mereka akan belajar. Cumanya kadang-kadang tu memang saya akan stress bila tengok rumah bersepah.

Dalam dua-tiga bulan lepas, saya ada beli satu buku berkaitan hal-hal mengemas rumah. Buku ini ditulis oleh seorang wanita Jepun yang bernama Marie Kondo, dan bukunya bertajuk “The Life-Changing Magic of Tidying-Up”. Teknik yang diperkenalkan diberi nama sebagai “Konmarie”.

cara kemas rumah dengan teknik konmarie

Kalau ikut buku ini, konsep mengemasnya sangat simple. Pertama, singkirkan dulu benda-benda yang kita tak nak. Dan kedua, barulah disusun barang-barang yang tinggal. Konsep buku ini hanya menggunakan dua langkah mudah ini.

Penulis ini menekankan untuk mengemas mengikut kategori, dan bukan mengikut kawasan. Kategori pertama yang perlu dibuat adalah pakaian. Kita kena keluarkan SEMUA baju yang ada dan longgokkan pada satu tempat. YA, SEMUA SEKALI.

Sebabnya supaya kita sedar berapa banyak pakaian yang kita ada sebenarnya. Dan jangan terkejut bila melihat longgokan yang ada. Kemudian, pegang setiap satu baju dan rasakan sama ada kita benar-benar suka baju tersebut atau tidak. Jika tak, asingkan. Penulis menekankan untuk simpan hanya benda yang kita SUKA SAHAJA.

Kategori seterusnya adalah buku dan dokumen. Sama juga seperti kategori sebelum ini, kita perlu keluarkan kesemuanya sebelum membuat keputusan. Dan selepas itu, barulah masuk ke kategori ‘komono’, iaitu kategori-kategori kecil yang lain.

Bila dah kenalpasti barang apa yang hendak disimpan, barulah kita fikirkan tempat untuk meletakkan barang-barang tersebut.

Secara general, beginilah konsep yang diperkenalkan oleh Marie Kondo. Tapi saya cadangkan agar anda beli dan baca sendiri buku ini untuk lebih faham tekniknya. Dan jangan lupa untuk baca tips jadi surirumah profesional ini juga ye. =)

Leave a Reply

CommentLuv badge