» » Cara Menasihati Orang Yang Kita Sayang

Cara Menasihati Orang Yang Kita Sayang

Assalamualaikum.

Jika sebelum ini Mama ada kongsikan doa untuk anak yang nakal, kali ini pula Mama nak kongsikan bagaimanakah cara menasihati orang. Teknik ini boleh digunakan kepada anak, isteri, suami, atau siapa-siapa sahaja yang kita inginkan. Caranya begini:

1.   Semasa anak, isteri atau suami sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

 2.   Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.

3.   Semasa ibu jari di atas ubun-ubun, selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4.   Angkat ibu jari anda atau kalau boleh janganlah diputuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya nasihatinya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar, atau apa sahaja. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5.   Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah anda berjaya dengan kaedah ini dengan pertolongan Allah SWT.

5 Responses

  1. mymilov
    | Reply

    Macam mana cara kita nak nasihat ibu bapa yg sering bergaduh.. Dan mereka anggap mereka sudah tidak serasi.. Saya buntu..

  2. ika
    | Reply

    nice entry.. nk shre boleh?
    ika recently posted..Najwa LatifMy Profile

  3. staibaqhang
    | Reply

    jika menasihat anak sewaktu sedar, panggil anak berdiri atau duduk disisi. kemudian letakkan tangan kita di bahu anak. bisikan nasihat ketelinganya. Logiknya anak tidak akan dimalukan dikhalayak ramai. beginilah cara rasullullah menasihati anak2 kecil.
    staibaqhang recently posted..DSLR atau Kamera kompak, mana yang sesuai untuk blogger?My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge