» » Cara Mendapatkan Buffered Earnings Nuffnang

Cara Mendapatkan Buffered Earnings Nuffnang

Salam. Rasanya aku masih belum layak untuk menceritakan tentang benda ini sebabnya aku baru pernah dapat empat buffered earnings (BE) untuk setakat ini. Tapi atas permintaan seorang rakan blogger yang ingin tahu bagaimana caranya, aku kongsikanlah yer di sini apa yang perlu dibuat untuk mendapatkan BE ini. Sebenarnya tips-tips ini aku dah pernah baca dulu di blog-blog lain, dan aku praktikkan. Alhamdulillah, tak lama lepas tu BE pun mula singgah di blog tak seberapa ni. So apalagi, jumlah try cepat!  ^_^

1) Status Glitterati:
Untuk mudah mendapatkan BE, korang kena pastikan yang korang berstatus Glitterati. Sebabnya Nuffnang akan utamakan memberi BE kepada ahli Glitterati terlebih dahulu. Bila semua Glitterati yang layak dah dapat BE, barulah ahli-ahli biasa boleh mendapat BE ini. Tapi oleh kerana ahli Glitterati ramai, so chance untuk mendapat BE oleh ahli-ahli biasa sangatlah susah. Nak mudah? Pastikan korang berstatus geli-geli!! =P

Macammana nak dapat staus Glitterati? Korang kena pastikan tak ada apa-apa saingan Nuffnang di blog korang seperti Advertlet, Mangga Ad, Youthsays, etc. Tapi Google Adsense tak apa. Bila blog korang dah free dari noda-noda ini, dalam masa beberapa hari (empat hari kalau tak silap), korang akan dapat status ini secara automatik.

2) Kedudukan iklan:
Iklan Nuffnang ada tiga jenis;

  1. Leaderboard: letak di bahagian atas blog
  2. Skyscraper: letak di bahagian sidebar blog
  3. Large rectangle: letak di bahagian entry blog
Pastikan korang letak ketiga-tiga jenis iklan ini di blog. Dan pastikan kedudukan iklan tu SENANG NAMPAK. Untuk leaderboard, letak kat bahagian atas, dekat dengan header blog. Untuk skyscrapper pun silalah letak di bahagian atas sidebar. JANGAN letak nun jauh kat bawah blog tau!

3) Jawab survey Nuffang:
Pernah tak jawab survey Nuffnang ini betul-betul? Kalau tak, sila pergi ke web Nuffnang sekarang dan update survey tu betul-betul. Jawablah sehabis baik yang boleh. Jangan lupa update tau. Dalam sebulan sekali jawab lagi survey tu. Survey tu penting untuk pihak Nuffnang kesan iklan yang sesuai diletakkan di blog korang.

4) Maintain trafik blog:
Bila semua step di atas dah dibuat, sila maintain trafik blog korang. Aku punya trafik tak hebat pun, malu nak letak kat sini. Tapi aku cuba maintainkan grafnya. Mungkin sebab itu aku boleh dapat BE. Rajin-rajinlah blogwalking yer. Korang up trafik orang, dan orang pun akan up trafik korang. PEACE.

Dah baca? Jum buat cepat. Bila dah dapat BE, bagitahu aku yer?!! ^_^

4 Responses

  1. cik ti
    | Reply

    info yang sangat membantu.. baru lg dlm blog, and dalam usaha utk dapatkan Status Glitterati dr nuffnang…

  2. Faiz GT
    | Reply

    Saya, teringin nak dpt status Glitterati nih… Tapi bukan senang nak lawat blog orang lain one by one .. Untuk tinggalkan kita punya URL..??

  3. salwaismail
    | Reply

    slw dh lama tak dpt be.
    :'(

  4. kerja sambilan
    | Reply

    Tips yang menarik…

Leave a Reply

CommentLuv badge