» » Cara Merancang Persaraan Yang Baik | Susah Dahulu, Senang Kemudian

Cara Merancang Persaraan Yang Baik | Susah Dahulu, Senang Kemudian

Assalamualaikum.

Entri ini ditulis oleh penulis jempuatan, En. HBB. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada semua yang membacanya, InsyaAllah….

Rancanglah persaraan anda sementara masih muda lagi. Lebih baik lagi jika ianya dilakukan sejak mula masuk alam pekerjaan (22-25 thn). Kenapa HBB berkata begitu? Sejak tahun lepas HBB telah mengikuti ceramah oleh sahabat baik HBB tentang persediaan sebelum persaraan bagi kakitangan FELDA dan MAHB (Malaysian Airport Holding Berhad). Kebanyakan peserta program tersebut adalah mereka yang akan bersara dalam tempoh tidak sampai 3 tahun dari tarikh ceramah.

100% peserta selepas berakhirnya program mengatakan, kenapa sekarang kami baru diberitahu tentang ilmu persediaan sebelum persaraan ini. Kebanyakan mereka menyatakan sepatutnya program ini diberitahu dari awal mereka mula bekerja. Ramai mereka yang mengeluh memikirkan nasib mereka bila bersara nanti. Di sini HBB bukan hendak beritahu dengan lengkap apa yang telah sahabat HBB sampaikan kepada bakal pesara. Intipati utama ialah rancanglah persaraan anda dari segi kewangan. Kerana selagi kita hidup, duit adalah satu keperluan yang penting, Tambah2 bila kita telah bersara di mana tiada lagi gaji. Hanya bergantung kepada duit EPF dan sedikit tabungan itupun jika ada buat perancangan awal. Zaman sekarang dan akan datang kita tidak boleh berharap kepada anak2 lagi. Sendiri kena uruskan diri sendiri dari segi kewangan.

“money can’t buy everythings but with money we can buy many things”

Satu pesan HBB, menabunglah sementara masih muda. HBB merupakan kakitangan kerajaan yang akan bersara dengan pencen(tidak kurang RM4000/bulan) juga merasakan keperluannya menabung ini. Sebenarnya barulah nak fikirkan pasal menabung ini setelah mendengar ceramah sahabat. Hehehehe.

“bersesak sesak dahulu naik bas/komuter, bersenang senang kemudian bawa BMW”

Jika anda mula menabung ketika umur 23 tahun sebanyak RM10000 setahun (RM830/bln=bayaran ansuran kereta+minyak) selama 9 tahun sahaja secara berturut dan dengan dengan kadar dividen 6% setiap tahun sehingga umur 56 tahun (pencen lah tu). Dengan tabungan sebanyak RM90, 000 sahaja duit anda ketika itu adalah sebanyak RM493,154. Jika menabung 7000 setahun selama 13 tahun berturut-turut (RM91,000), dengan kadar faedah yang sama duit anda ketika berumur 56 tahun ialah RM452,370. Lihatlah dengan berkorban selama 9 tahun sahaja berapa yang telah terkumpul. Itu belum ditambah dengan duit EPF anda ketika itu. Selepas 9 tahun itu barulah beli kereta. Kerana semasa muda anda, memiliki kereta bukanlah KEPERLUAN tetapi sebagai KEHENDAK. Selepas 9 tahun mungkin anda telah ada anak kecil, dan ketika ini mungkin ianya menjadi keperluan penting.

Apa yang anda ingin lakukan setelah pencen? Adakah menagih simpati anak2 atau terpaksa bekerja lagi bagi menyara hidup sehingga mati? Atau menikmati hari pencen dengan hati yang tenang? Purata hidup rakyat Malaysia setelah pencen di usia 55 tahun ialah 75 tahun bagi lelaki dan 80 tahun bagi perempuan. Congaklah berapa banyak duit diperlukan untuk tempoh lebih kurang 20 tahun selepas pencen. Jika anda berbelanja sebanyak RM30 sehari untuk makan berdua suami isteri (lepas pencen pun berdua lagi..insyaallah), dengan kadar inflasi 6% setahun (sebenarnya lebih dari ini nilainya). 12 tahun lagi anda perlu membelanjakan sebanyak RM60 untuk makan yang sama. Bermakna anda memerlukan sebanyak RM60/hari = RM1800/bulan = RM21,600/tahun = RM432,000/20tahun. Ini belum lagi termasuk perbelanjaan lain seperti bil letrik/air/telefon, ansuran kereta dan sakit pening. Berapa yang anda perlukan???? Antara perkara yang perlu diperhati dan dirancang ialah, ketika anda pencen tiada hutang rumah dan anak yang masih bersekolah, kecuali 1 atau 2 org yang masih berada di universiti.

“Living a life by CHOICE is far more superior than living a life by FORCE”

Mahu berehat selepas pencen atau terpaksa bekerja adalah pilihan yang perlu kita buat sementara muda. Semoga Berjaya menempuhi hari pencen.

Kata Bardboo: Jika anda rasa artikel ini bermanfaat bagi anda, silalah rajin2 tekan butang FB Like, Tweet, dan Google+. Semoga lebih ramai yang akan beroleh manfaatnya. Sharng is caring!

42 Responses

  1. Asmawati
    | Reply

    Salam Tuan

    Saya bekerja kerajaan sudah 10 thn dan berjauhan dgn family. Saya tiada pendapatan lain dan spt biasa ada loan rmh dan kereta setakat ini. Saya berhasrat hendak bersara awal sebelum umur 40 utk hidup bersama kelaurga namun tiada pendapatan lain.

    Jika begini, saya juga tidak akan dapat pencen krn bersara seblum umur 40 thn. Saya tiada kemahiran lain dan amat minat mengajar dan baru sahaja belajar Master secara PJJ di UPM.

    Mohon pandangan tuan. terima kasih.

  2. Traffik Dari Facebook
    | Reply

    wah bagus ni… terima kasih ya.

  3. wandisini
    | Reply

    tulisan yang menarik. akan dikongsikan
    wandisini recently posted..Hasil Dari Seminar SEO Majalah NiagaMy Profile

  4. Perancangan Kerjaya Sebelum Dan Selepas Bersara
    | Reply

    […] anda utk tempoh lebih kurang 15-20 tahun lagi. (lihat berapakah anggaran keperluan dalam entri INI). Kalau tidak cukup, maka perancangan perlu dibuat dari awal sebelum kita bersara. Dari pengalaman […]

  5. sweetkurma
    | Reply

    masa muda (masuk 1 – keluar 10) bila bijak buat perancangan, bila menjelang usia gold, masuk 10 – keluar 1….mudah2an…
    sweetkurma recently posted..duit dalam lipatanMy Profile

  6. […] Bardboo – Cara Merancang Persaraan Yang Baik | Susah Dahulu, Senang Kemudian […]

  7. kesoma.rai
    | Reply

    uhu..memang nak kena baca beberapa kali baru boleh digest dengan sepenuhnya.. ramai org kita tak fikir tentang persaraan sebenarnya..
    kesoma.rai recently posted..Bila membaca bukan semestinya amalan muliaMy Profile

    • HBB
      | Reply

      harap ianya membuka minda betapa perlunya merancang. good luck

  8. puanbee
    | Reply

    sumber kewangan yang terhad agak susah sebenarnya nak menyimpan , tp tk pe rezeki di mana2 kita usaha je kan ..
    puanbee recently posted..HOT ! SHORT BRA TERBAIK DI JUAL ONLINE , TERBAIK DI PASARAN.My Profile

  9. beckhr00y
    | Reply

    bagus kalau merancang awal dan melaksanakannya, jgn hanya tahu merancang sahaja 🙂
    beckhr00y recently posted..Keputusan Manchester United VS Sunderland EPL Mei 2012My Profile

  10. nizamghazi
    | Reply

    Sebuah perlaburan mathematical yang awesome.
    Tapi sebenarya untuk melakukan perlaburan/penyimpanan seperti ini
    memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Kadang kala gagal sebab masalah2 lain pula timbul dikala URGENT.
    nizamghazi recently posted..Education Yang Tertinggal : Going Back To Ipoh AnonymouslyMy Profile

    • HBB
      | Reply

      good luck..apapun disiplin perlu ada. namun ianya perlu dilakukan, klu x akan terasa kesan yang buruk.

  11. Bro Framestone
    | Reply

    Bersara….

    Word bersara itu seperti meminta bro berhenti dari berblog.

    Sebab berblogging merupakan kerjaya bro sekarang dan tak tahu ada fasa bersara atau tidak 🙂
    Bro Framestone recently posted..Travel Blog : Ingin Melancong Keluar NegaraMy Profile

    • HBB
      | Reply

      selepas bersara juga ada career… tp berbezalah dgn yg sebelum bersara. tp menjana pendapatan melalui berblogging, maka tiadalah istilah bersara. career selepas bersara adalah career sbg memenuhi masa yg tinggal sblm mati. 🙂

  12. mie
    | Reply

    belum merancang lagi..
    tapi rasa memang kena merancang ni…
    maklum la, xde pencen..
    eheheeee
    mie recently posted..Saphai Pae Hostel Terbaik Di BangkokMy Profile

  13. anif
    | Reply

    Perlu ada rancangan persaraan yang bagus untuk menampung ketika sampai masanya nanti..
    anif recently posted..Harga Nokia Lumia 610 DiumumkanMy Profile

  14. muazfaris
    | Reply

    better bersedia awal.. utk masa dpn yg lebih cerah gak.
    muazfaris recently posted..Cek Nuffnang buat pertama kaliMy Profile

  15. Denaihati
    | Reply

    memang sangat penting buat perancangan perancangan awal ataupun masa muda, di sekolah /university xpernah/jarang ajar perkara ni.

  16. rahman
    | Reply

    harap harap saya sempat pencen 🙂
    rahman recently posted..Buku dan Diari bagi ibu hamilMy Profile

  17. noorsyamsul
    | Reply

    saya pun nak mula menyimpan. salah satu dalam unit amanah…
    noorsyamsul recently posted..LADANG TEH ORGANIK DI SABAHMy Profile

    • Bardboo
      | Reply

      unit amanah pun bagus juga..
      Bardboo recently posted..Cara Merancang Persaraan Yang Baik | Susah Dahulu, Senang KemudianMy Profile

      • HBB
        | Reply

        unit amanah adalah satu bentuk pelaburan jangka panjang dan juga memp. risiko tinggi. di mana pokok tdk di jamin, kemungkinan anada kehilangan duit pokok. berbanding dgn tabung haji atau asb di mana pokok dijamin walau apapun keadaan ekonomi. Apapun pilihan atas individu. 🙂

      • HBB
        | Reply

        HBB ada pelaburan dlm Public Islamic Equity Fund. Tgk ye harga NAV pd 14/8/09 iaitu 0.2995 dan NAV pd tarikh 10/o5/12 =0.3478. UTk tempoh trsbt hanya naik 13.9%. Klu simpan dlm ASB/tabung haji utk tempoh tersebut faedahnya melebihi 19%.Dgn keadaan ekonomi skrg yg tdk stabil… kemungkinan modal makin kurang adalah tinggi berbanding dgn ASB/tabung haji modal xkan hilang. Pilihan ditangan anda.

  18. kodinz
    | Reply

    dah mula merancang untuk “hari pencen”. Lepas ni boleh la buat apa-apa penambahan yang patut 🙂
    kodinz recently posted..Domain Murah Dari Go DaddyMy Profile

  19. akubiomed
    | Reply

    Alhamdulillah saya sudah mula merancang kehidupan ketika bersara maklumlah pada ketika bermacam kemungkinan berlaku terutama masalah kesihatan. Saya ada menyertai skim pencen EPF, membuat pengeluaran untuk melabur kedalam unit-unit amanah di samping menabung tabung pelajaran anak-anak.

    Kalau gagal merancang sekarang kita merancang untuk gagal.
    akubiomed recently posted..Pengalaman menulis blogMy Profile

  20. HBB
    | Reply

    Rancang juga hari persaraan kita dari segi physicak/kesihatan. Jangan duit banyak ketika bersara tetapi tdak dapat menikmatinya kerana masalah kesihatan. Insyaallah nanti HBB tulis tentang ini. Sebenarnya utk bersara kita kena rancang juga dari segi spiritual, physical, intelectual, career, emotional, social 8 financial (SPICES-F).. barulah persaraan kita itu sempurna. 🙂

    • hamidah
      | Reply

      apa kata en hbb buat artikel pasal perancangan kewangan bagi golongan para isteri/ibu/wanita yang tidak bekerja?thanks

  21. Izzuddin Fauzi
    | Reply

    Jarang tahu pasal kewangan nie… 😀 Muda lagi la katakan…
    Izzuddin Fauzi recently posted..Perisian Quran Percuma Mesti AdaMy Profile

    • HBB
      | Reply

      muda lagilah kena buat perancangan dr sekarang. gagal ketika muda masih blh diusahakan utk bangun, gagal ketika tua..jawabnya menangis tak berlagu. nak buat buat pinjaman pun bank xbagi… pinjam dgn Ah long lglah parah. 🙂

  22. puanbee
    | Reply

    Menarik sangat , saya dah sebarkan ..
    puanbee recently posted..Pendapatan Pertama Dengan AdsverletsMy Profile

  23. Juan
    | Reply

    saya tolong buatkan apps utk anda, benda ni simple jer, download link yang saya beri dan install apps tu kedalam android phone atau tablet
    http://www.appsgeyser.com/bardboo%20blog.apk
    Juan recently posted..Komisen Pertama Dari TipsPTD.comMy Profile

  24. Jebeng Otai™
    | Reply

    ada btul juga..sbanrnya kita leh buat guna kaedah len cam pinjaman pelaburan asb..

    kita byar pukal 1 tahun dan thun berikutnya kita guna dividen utk byr duit pinjaman tu semula.. 🙂

    lepas 25 thun kite dah ade 130k..modal sekali jer..hehe
    Jebeng Otai™ recently posted..Fenomena Nasi Ayam Hainan RasaparisoMy Profile

    • HBB
      | Reply

      betul tu jebeng… itu antara salah satu kaedah sebagai tambahan. kita bayar thn pertama… selepas itu dividen dari ASB yg tolong bayarkan selebihnya. cuma pinjaman ASB itu kita akan hanya dpt rm130 ribu jika buat jumlah tersebut. sedangkan jumlah tersebut tdk mencukupi utk menampung kewangan selepas bersara. sebagai tambahan ok.

Leave a Reply

CommentLuv badge