» » Cara Mudah Merawat Masalah Anak Sembelit

Cara Mudah Merawat Masalah Anak Sembelit

posted in: Shaklee | 4

Assalamualaikum.

Anak Sembelit Teruk

Bila anak sembelit, ibubapa la yang paling risau dan cuba cari cara untuk merawat sembelit ini. Sampaikan kalau terpaksa selok dubur anak untuk bantu keluarkan najis pun, mak dan bapak akan buat juga tanpa rasa geli. Samalah macam ibu di bawah ini, anaknya ada sembelit teruk sampai mengganggu selera makan dan badan jadi sangat kurus. Tapi bila si ibu cuba satu cara ni, masalah sembelit tu terus hilang…

Anak Sembelit Teruk Sampai Kena Seluk Tangan Nak Korek

Punca Anak Sembelit

Antara punca utama anak sembelit adalah penggunaan susu formula. Susu formula ini sukar dihadam jika dibandingkan dengan susu ibu. Selain itu, anak juga mudah sembelit jika diberikan makanan pepejal sebelum ususnya matang sepenuhnya.

Selain itu, kekurangan air dalam badan juga boleh menyebabkan sembelit. Dehidrasi ini mungkin terjadi ketika anak tidak sihat badan dan tumbuh gigi di mana anak kurang selera untuk minum air.

anak sembelit

Rawat Masalah Anak Sembelit

Bagi anak yang baru sahaja terkena sembelit, bolehlah diusahakan cara-cara di bawah ini bagi merawatnya:

  1. Baringkan anak dalam keadaan terlentang. Angkat kedua-dua kakinya dan buat pergerakan seperti sedang mengayuh basikal. Ini membantu pergerakan najis di dalam usus.
  2. Bagi anak yang sudah berumur lebih dari enam bulan, bolehlah diberikan puree lobak merah untuk menambah kandungan serat dalam diet harian dan ini akan membantu mengurangkan masalah sembelit.
  3. Bagi anak yang berumur lebih dari setahun, bolehlah diberikan jus buah-buahan untuk merangsang pergerakan usus.

Jika masalah sembelit tersebut tidak berkurangan, bawalah anak berjumpa doktor untuk rawatan. Doktor mungkin akan memberi ubat Lactulose sebagai rawatan. Ubat ini tidak sesuai bagi anak yang mempunyai masalah ‘galactose intolerance’.

Suplemen Untuk Anak Sembelit

Jika anda bercadang untuk menggunakan suplemen untuk anak sembelit, saya cadangkan agar anda membeli Meal Shakes ini seperti yang dinyatakan oleh ibu dalam video di atas.

Meal Shakes

 

Meal Shakes kaya dengan serat, dan ini membantu pergerakan najis di dalam usus dan seterusnya melegakan masalah sembelit anak. Meal Shakes juga membantu menambahkan selera makan anak, sehinggakan waktu makan dah jadi waktu untuk berperang lagi. Selain itu, Meal Shakes juga kaya dengan vitamin dan mineral dan mampu meningkatkan sistem imunisasi badan anak.

Jadi, Meal Shakes memang pilihan terbaik untuk diberikan kepada anak-anak syurga kita.

Untuk membuat tempahan, sila hubungi nombor ini:

Aisyah 017-2262095

 

4 Responses

  1. suri
    | Reply

    as salam..satu perkara yang sedihkan kita melihatnya huhu…moga anak akan segera sembuh amin
    suri recently posted..Jahit Poket Baju Kurung Tradsional Kain Susun Tepi Edisi CahayacintaMy Profile

  2. Alin Marlini
    | Reply

    petua menarik…baru tau pasal kayuh kaki mcm beskal tu…
    Alin Marlini recently posted..Ahmad FarrelMy Profile

  3. Ikhwan Fahmi
    | Reply

    kasihan tengok si anak meneran susah nak berak.
    Ikhwan Fahmi recently posted..7 Sebab Anda Tidak Perlukan Nota Rujukan Separa PerubatanMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge