» » Cara Pulihkan Kembung Perut Supaya Bayi Lena Tidur

Cara Pulihkan Kembung Perut Supaya Bayi Lena Tidur

cara pulihkan kembung perut

Assalamualaikum.

Kali ini saya nak kongsikan cara paling mudah untuk hilangkan kembung perut bayi. Teknik ini sama dapat dari nurse di Perancis. Anak kedua kami (Aneesa) dilahirkan di Perancis, masa musim sejuk pula tu. Hari dia lahir tu memang hari pertama salji turun di Toulouse. Sejuknya tu jangan cakaplah, memang menggigil-gigil badan.

Malam pertama lepas Aneesa lahir, Bonda yang temankan saya tidur. Suami pula di rumah dengan Ammar. Malam tu, Aneesa asyik nangis je tak mahu tidur. Sayaa dah tak tahu nak buat apa. Sebabnya masa Ammar dulu memang senang jaga. Dia asyik tidur je, sampaikan kena dikejutkan untuk menyusu.

 

Jadi bila dah buntu sangat tak tahu nak buat apa, saya pun panggillah nurse. Bercakaplah kami macam ayam dan itik, sebab saya tak reti cakap Perancis, nurse pula tak reti cakap Inggeris. Hihi.

Saya cuma tunjukkan Aneesa pada nurse. Dan nurse terus bukakan baju Aneesa dan periksa perut. Rupanya perut Aneesa dah kembung masuk angin. Memang nampak keras perutnya. Kenapa saya tak terfikir nak check sebelum panggil nurse? Sebab Ammar dulu tak pernah kembung perut. Huhu.

 

Teknik Hilangkan Kembung Perut Bayi

Nurse pun ajarkan cara mudah ini pada saya. Mula-mula, kita perlu gerak-gerakkan kaki bayi secara berselang-seli macam gaya orang tengah kayuh basikal. Buat berulang-ulang kali.

Seterusnya, luruskan kedua-dua kaki bayi dahulu dan kemudian tolak kedua-dua kaki rapat ke arah perut. (lutut rapat ke perut, untuk bagi punggung bayi terangkat)

Ulang langkah-langkah di atas beberapa kali. Dan tak lama lepas tu bayi akan terkentut-kentut.

Bila dah banyak kali kentut, memang bayi dah lega dah tu. InsyaAllah bayi boleh tidur lena selepas teknik urutan mudah ini.

Untuk lebih senang faham, boleh tengok video ini;

Bayi dalam video ini dah besar sikit, jadi nampak macam susah pula teknik urutan tu. Tapi sebenarnya mudah je tau.

Saya harap agar perkongsian ini dapat membantu anda dan bayi untuk tidur lena. =)

8 Responses

  1. TUKANG URUT BERSALIN.
    | Reply

    SALAM …
    PERKHIDMATAN TUKANG URUT BERSALIN/BERPANTANG .
    AREA SENTUL DAN SEKITAR KUALA LUMPUR. PADA HARGA MAMPU DAN BERPATUTAN.

    #BERPENGALAMAN URUT IBU2 BERSALIN SEKITAR KUALA LUMPUR#

    CALL 013-2096836/018-3636986
    WECHAT ID: urutbersalin369

  2. cikyah
    | Reply

    Haahla..
    Selalu urut or tuam baby dgn bunjut lada hitam tu..
    Saya pnh gunaa teknik basikal ni utk baby sembelit.. pn ok jg!

  3. Sue
    | Reply

    Thanks for sharing. Anak dah 3 baru tau. Huhuu..
    Sue recently posted..10 Tanda Gula Dalam Darah Rendah Yang Pesakit Kencing Manis Wajib Ambil TahuMy Profile

  4. Ben Ashaari
    | Reply

    Biasa buat kat Qhaliff dan Zahra gak..

  5. Mek ila Jual Vitamin
    | Reply

    Bagusnya petua ni. Selama ni ingatkan petua kayuh basikal tu untuk anak-anak sembelit je rupanya boleh dibuat untuk yang kembung perut juga.
    Mek ila Jual Vitamin recently posted..Seronoknya Puan Farah Bila Kembali Langsing dan Disangka Anak Dara Walaupun Anak Dah 2My Profile

  6. Nora Karim
    | Reply

    Wah, thanks sharing… selalu buat style yg tuam2 tu je… ni ilmu baru… kot2 nanti boleh amalkan…
    Nora Karim recently posted..Alhamdulillah Nampaknya Menjadi!My Profile

  7. Dunia Zumal
    | Reply

    Perkongsian yang baik, agar dapat dijadikan panduan…
    Dunia Zumal recently posted..TUDUNG SI COMELMy Profile

  8. bizznurse@noorazlin.com
    | Reply

    Oh , sangat mudah tips ni, nak buatlah kat Si Ainna Mawaddah ! Kembung agaknya selalu nanges masa nak tidur…
    bizznurse@noorazlin.com recently posted..REZEKIMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge