» » Cara Tangkap Cicak Paling Mudah Dan Gerenti Berkesan

Cara Tangkap Cicak Paling Mudah Dan Gerenti Berkesan

Assalamualaikum.

Rumah sewa kami ni memang banyak cicak. Jadi tahi cicak tu memang selalu je nampak bertepek-tepek. Tapi Mama masih boleh bersabar lagi.

Tapi lepas je balik dari raya hari tu, memang geram tengok tahi cicak yang banyak sangat! Sebab kami tinggalkan rumah agak lama juga.

Yang paling Mama geram dengan cicak dalam kabinet di bawah sinki, punyalah besar cicak tu. Tahinya pun besar-besar. Geli!

Bila dah sampai tahap macam ni, Mama terfikir apalah cara terbaik nak tangkap cicak ni ye?

Mama hanya terfikir je, tapi bila buka Facebook terus ada video fasal tips tangkap cicak muncul di timeline. Nampak tak permainannya tu? Baru je terfikir, tapi terus dapat jawapannya.

cara tangkap cicak (1)

 

Cara Tangkap Cicak Dengan Mudah

Cara yang ditunjukkan dalam video tu sangat mudah. Cuma perlu lekatkan selotape secara terbalik. Kiranya yang bahagian melekit-lekit tu di bahagian luar. Tampal di tempat-tempat yang selalu nampak cicak berkeliaran.

Mama pun terus tag Cik Abang pada video tersebut. Lepas je dia tengok, dia pun terus tampal selotape di dapur.

Alhamdulillah, setakat hari ni dah dapat tiga ekor! Tak sabar nak tunggu cicak besar tu melekat. Lepas ini bersihlah rumah dari tahi-tahi cicak.

 

Bagi yang ada masalah cicak di rumah, bolehlah cuba cara ini ye. Semoga bermanfaat!

 

Salam sayang dari MamaBard,

Portfolio MamaBard

7 Responses

  1. Nurul
    | Reply

    oohh..macam tu aje ke..boleh la buat lepas ni
    Nurul recently posted..Apa yang anda nak , ESP boleh buatMy Profile

  2. permatamama
    | Reply

    Alhamdulillah nasib x de cicak kat rumah ni, kalau x boleh guna petua ni

  3. Sakinah Hamid
    | Reply

    Wah..ilmu baru i. nak cuba la.

    saya pun geram jugak taik cicak bersepah sana sini, tak suci jadinya lantai kita nak lalu pergi solat.
    Sakinah Hamid recently posted..Menikmati pengalaman melukisMy Profile

  4. Aniey Yusoff
    | Reply

    Bila dah byk2 melekat aduii rasa geli la pulak haha…

    Kalau kt kg ayah buat lastik getah tp bila lastik asyik getah yg melekat kt zink..cicaknya lari hihi
    Aniey Yusoff recently posted..Awet Muda Di Usia 40-an Supaya Tubuh Tidak Cepat ‘Expired’My Profile

  5. Kathy R'bain
    | Reply

    Geli kan sis dgn cicak. Tq info ni k.

  6. sue
    | Reply

    tq share,kt umah mmg bnyk cicak

  7. akubiomed
    | Reply

    Masalah anak-anak akan menjerit melihat cicak. Tak jadilah nak pasang perangkap mengunakan pita perekat. 🙂
    akubiomed recently posted..Segmen Senyum Sabtu Day jangan curi duit tabung RayaMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge