» » Celcom Broadband Yang Menyakitkan Hati

Celcom Broadband Yang Menyakitkan Hati

Sakit hati betullah dengan Celcom broadband ni. Kita bayar bil bulan-bulan, tapi servis yang dapat macam hampeh. Lembap gila internetnya, mengalahkan siput sedut berjalan. Hari-hari bukak, modem kaler hijau je memanjang. Siapa yang tak bengang, kan?

Bila internetnya pun dah hidup segan mati tak mahu, mood blogging saya pun jadi macam tu jugaklah. Sebab tu blog ni kadang-kadang berupdate, kadang-kadang tak. Dan sebab tu jugak kadang-kadang saya rajin blogwalking, kadang-kadang haram kejadah!
Kalau blog saya banyak berupdate dan saya banyak mengomen di blog orang tu, maksudnya saya menyemakkan diri di ofis Cik Abang, lepas tu buat autopublish post banyak-banyak. Tapi seganlah plak nak lepak kat blog Cik Abang tiap-tiap hari, kan? Dah macam jadi staf terbaru UTHM plak, hehe.

So janganlah ada yang kecik hati yer. Kata saya ni sombong, tak balas kunjungan. Kalau boleh memang saya nak pergi balik ke semua blog orang-orang yang singgah ke sini. Tapi nak bukak satu blog pun punya lama nak tunggu. Lama-lama duduk mengadap laptop nanti badan kesian plak kat baby dalam perut ni, huhu.

Buat Celcom, janganlah nak makan duit free je tiap-tiap bulan. Naik tarafkanlah internet connection kat kawasan Parit Raja ni. Tahulah ni kawasan kampung, tapi still ada orang yang bayar bil tiap-tipa bulan tau!! Oh time ni jugak rasa nak berpaling tadah kepada line internet yang lain. Ap yang best ek? Any suggestion?

Leave a Reply

CommentLuv badge