» » [CERITA] 19 Februari 2012, Dan Ammar Dah 9 Bulan!

[CERITA] 19 Februari 2012, Dan Ammar Dah 9 Bulan!

Assalamualaikum.
Sekali lagi blog Ammar terabai! Memang teruk betullah mama Ammar ni. Bila ditengok-tengok balik, untuk tahun 2011 cuma ada 14 entri! Hehe, sorry2. Ok, lepas ini akan cuba untuk fokus kat blog ni. InsyaAllah, semoga diberi kekuatan dan kerajinan. ^_^
Ok sekarangni Ammar dah 9 bulan. Sejak last entri diterbitkan, Ammar terus pandai merangkak dengan lajunya. Sekarangni dah sibuk berdiri nak bertatih. Agak2nya tak lama lagi Ammar dah boleh berjalan agaknya, kan? Nak memanjat pun hebat gak. Kang kalau dah jatuh baru tahu!

Tapi, Ammar tetap masih belum tumbuh gigi. Namun, ada hikmahnya jugak tu kan. Kalau tak habislah Mama kena gigit, terutama sekali masa tengah menyusukan Ammar. Boleh jadi trauma terus tu rasanya kalau Ammar dah pandai gigit2 nanti. Hehe.

Walaupun Ammar belum tumbuh gigi, tapi Ammar dah pandai cakap ‘Ma‘ dan ‘Allah‘. Mama suka sangat dengar Ammar cakap perkataan2 tu. Tak sabar nak tunggu Ammar betul2 pandai cakap. Mesti Papa jeles kan sebab Ammar belum pandai cakap ‘Papa’ lagi? =P

Leave a Reply

CommentLuv badge