» » [CERITA] Check-Up Minggu ke-35

[CERITA] Check-Up Minggu ke-35

Assalamualaikum.
Semalam saya pergi Klinik Kesihatan untuk check-up baby. Kena pergi pagi semalam sebab nak jumpa doktor. Selalunya pergi yang petang punya je, sebab malas nak bersiap pagi-pagi. Hehe.
Sampai-sampai je semalam, dah ramai orang. Kerusi pun penuh. So memang lamalah kena tunggu giliran. Masa chcek dengan nurse, berat saya turun dari sebelum ni. Dua minggu lepas 71.5kg, tapi semalam 70kg!! Terkejut gak. Risau pun ada. Mungkin sebab saya dah tak mahu sangat makan nasi sejak minggu lepas. Pastu tekanan darah pun tinggi. Yang ni plak rasanya sebab tak cukup rehat, malam sebelumnya tu saya susah nak tidur.

Then bila jumpa doktor, dia kata tak apa kalau berat turun sikit. Tak ada apa-apa masalah. So barulah rasa lega sikit. And doktor check balik tekanan darah saya, dan resultnya OK. Bagus-bagus. Tak mahulah dapat darah tinggi. Saya tahu saya ada high risk untuk dapat hypertension ni, sebab mak saya pun ada. Huhu.
Disebabkan semalam menunggu giliran punyalah lama, saya pun borak-boraklah dengan orang sebelah saya. Dia kata perut saya kecik je! Eh, macam tak percaya plak. Rasa macam dah terlalu besar je perut ni. Nak diusung ke sana ke mari pun dah tak larat sangat. Mungkin sebab baju yang saya pakai semalam tu kot yang buat perut nampak comey lotey. =P
Ok cukup bebelan mama untuk hari ni. Jumpa lagi nanti. Daa… ^_^

Leave a Reply

CommentLuv badge