» » Cerita di Sebalik Set Menyusu Shaklee

Cerita di Sebalik Set Menyusu Shaklee

posted in: Shaklee | 0

Assalamualaikum.

Set menyusu Shaklee memang menjadi pilihan ramai ibu-ibu di luar sebagai pembantu dalam proses penyusuan susu ibu. Set ini bertindak sebagai pembantu sahaja kerana yang paling penting adalah konsep ‘demand and supply’ yang perlu si ibu faham terlebih dahulu. Bagi yang baru ingin mencuba set penyusuan Shaklee, anda pasti akan berasa keliru dengan pelbagai set yang ditawarkan. Mama pun pening juga mula-mula dulu tau. Hihi.

Tapi setelah lama terlibat dengan Shaklee, Mama lebih faham tentang set-set ini. Meh Mama tolong ringkaskan bagi anda-anda semua yang sedang baca ni ye. Set menyusu Shaklee ini ada pelbagai kerana ingin disesuaikan dengan jenis masalah penyusuan yang si ibu hadapi. Setiap produk di dalam set menyusu ini mempunyai fungsi dan kelebihannya yang tersendiri, dan kita bolehlah ‘mix and match’ mengikut keperluan dan bajet kita sendiri.

Set menyusu Shaklee

Apa yang perlu anda faham terlebih dahulu adalah fungsi setiap produk tersebut. Secara ringkasnya:

1. Alfalfa

Alfalfa bertindak sebagai penggalak susu (milkbooster). Sama juga fungsinya seperti kurma, lobak putih, dan pelbagai makanan lain lagi yang dikatakan mampu menambah pengeluaran susu ibu. Selain itu, alfalfa sangat bagus untuk ibu selepas bersalin kerana ianya bertindak seperti ‘kacip fatimah’ dan dapat menambahkan kehangatan dalam hubungan suami isteri.

2. ESP

Pengambilan ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu dan juga memekatkan susu ibu tersebut. Ini menjadikan bayi cepat kenyang dan tidak banyak meragam. Kelebihan lain pengambilan ESP buat si ibu adalah kesan stretchmarks dapat dipudarkan dan mengurangkan masalah keguguran rambut yang teruk.

3. OsteMatrix

Pil kalsium Shaklee ni amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak kerana sejumlah besar kalsium si ibu akan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. Jika jumlah kalsium di dalam darah si ibu sedikit, kalsium yang diperlukan oleh bayi akan dihakis daripada tulang dan gigi si ibu. Lama-kelamaan, tulang dan gigi akan menjadi rapuh. Sebab itu kebanyakan ibu-ibu selepas bersalin mempunyai masalah sakit pinggang dan masalah gigi. Jadi, ibu-ibu jangan lupa untuk ambil OsteMatrix ini hari-hari tau! Kesan positif lain yang akan dirasa adalah anda akan mudah untuk bangun pagi. Tak percaya? Jom cuba dulu. Hehe.

4. Vitalea

Ini merupakan pil multivitamin yang lengkap dengan pelbagi vitamin dan zat mineral. Pengambilan Vitalea akan membantu ibu untuk kekal bertenaga. Penyusuan susu ibi bukanlah perkara yang mudah. Kadang-kadang si ibu tidak dapat tidur yang lena kerana bayi asyik nak ‘mengempeng’ sahaja. Jadi dengan pengambilan Vitalea ini, anda akan kekal bertenaga walaupun tak cukup rehat.

5. B-Complex

B-Complex mempunyai kelebihan sebagai ‘anti-stress’. Ibu menyusu perlu mengelak dari berasa stress yang melampau kerana ianya akan mengganggu pengeluaran susu ibu. BIla ibu stress, susu akan malu-malu nak keluar.

6. Vita-C

Vita-C bertindak untuk menguatkan sistem imun si ibu dan meningkatkan kandungan antibodi dalam susu ibu. Antibodi ini akan disalurkan kepada bayi dan menjadikan bayi tidak mudah jatuh sakit. Vita-C ini juga bagus untuk mencerahkan kulit tau.

Jadi, sekarangni anda dah tahu fungsi setiap produk yang ada dalam set menyusu Shaklee. Maka sekarangni anda sudah boleh memilih gabungan produk mana yang anda perlukan mengikut keadaan anda dan juga bajet. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi Mama, OK? =)

set menyusu premium shaklee

Untuk tempahan, hubungi Mama di nombor ini:

MamaBard 013-3876903


Ataupun isi borang di bawah untuk menghantar emel kepada Mama:

Dengan menjadi ahli Shaklee berdaftar, anda akan mendapat diskaun sebanyak 20-25% untuk setiap produk. Dan jika anda mahu berbisnes Shaklee, terdapat banyak lagi kelebihan yang akan anda dapat.

Untuk mendaftar, sila klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

daftar ahli shaklee

Portfolio MamaBard

Leave a Reply

CommentLuv badge