» » [CERITA] Empat Bulan Sudah Berlalu

[CERITA] Empat Bulan Sudah Berlalu

Cepatnya masa berlalu. Tak sangka sudah empat bulan Mama bersama2 dengan Ammar. Satu perjalanan hidup yang sangat indah… ^_^
Terlalu cepat masa berlalu, sampai Mama tak sempat nak update blog khas buat Ammar ni. Haish, I’m so sorry honey.
Sekarangni kita dah duduk kat Perancis, temankan Papa sambung belajar. Bestlah Ammar kan, kecik2 lagi dah naik kapal terbang, dah merasa duduk kat negara orang. Bertuah betul anak mama ni!
Bila kita dah sampai kat Perancis ni, Ammar terus je nak direct feeding dengan Mama. Dah tak perlu lagi kena paksa2. Dan Mama pun tak perlu lagi nak mengepam susu setiap 3jam. Cuma bila kita nak keluar je baru Mama akan pam. Mama suka sangat bila Ammar dah nak direct feeding tau, sebab orang kata direct feeding ni lebih bagus.
Dan sekarangni pun Ammar dah pandai meniarap. Cuma Ammar ni malas sangat, kadang2 je baru nak meniarap. Ammar janganlah malas2 ye sayang.
Erm, sekarangni mama tengok Ammar asyik masukkan jari dalam mulut je, air liur pun meleleh tak henti2. Sayang mama ni ah nak tumbuh gigi ye? Cepatnya! Kalau dah ada gigi nanti jangan gigit Mama tau, kalau tak Mama gigit Ammar balik!! Hehehe.. =P
Hah lagi satu, anak Mama ni dah pandai berdrama! Suka buat2 nangis kalau Mama dan Papa tak pandang dia. Bila pandang, terus sengih2 manja. Oh, dah nakal yer! Nak kena babab nie. Huhu..
Mama tak pastilah berapa berat Ammar sekarangni. Tapi yang pastinya Ammar dah bertambah semangat, pipi pun dah bertambah loyot. Sekali tengok macam pipi Sinchan pun ada. Hehe.
Haish, makin lama rasa makin cepat plak masa berlalu. Tapi apa2 pun, Mama bersyukur sebab Mama dapat jaga Ammar sendiri. Dapat tengok Ammar membesar depan mata Mama dan Papa. Semoga Ammar menjadi anak yang baik, InsyaAllah.. ^_^

Leave a Reply

CommentLuv badge