» » Cerita Konvo Yang Dah Lapuk

Cerita Konvo Yang Dah Lapuk

Disebabkan owner blog ni sangat “rajin”, so semua cerita pun adalah cerita yang dah lapuk. Hehe.

So dipendekkan cerita saya dah selamat berkonvo dan berpoyo pada 27 November lepas, di UiTM Shah Alam.

Patutnya hari konvo tu saya pakai baju raya tahun ni je, malas nak tempah baju lain. Sekali kainnya sudah enggak boleh dizip dong! Boleh zip separuh je. Tapi still gak menggagahkan hati untuk pakai baju tu. But bila dah sampai Klang, Bonda suggest pakai baju dia. But saya mula-mula macam taknak. Sekali bila dah nampak baju tu, terus nak!! Lawa gila!! Tak macam baju corak orang tua. Hehe.

So dengan muka tak malu terus cuba. Kainnya ok, memang boleh zip habis. Tapi baju plak terketat kat bahagian punggung. Saya cakap kat Bonda yang tukang jahit tu mesti salah jahit baju Bonda. Then Bonda cakap “Eh ko ingat bontot ko kecik ke?!” Hah terus sentap ko!! Haha, nak tak nak saya terpaksa mengaku yang badan saya dah naik bagai dipam-pam.

Uwaa, jadi esoknya terpaksa juga pergi ke konvo dengan membawa badan yang tembam bam-bam. Malu woo mahu jumpa kawan-kawan. Tapi marilah menebalkan muka sama seperti tebalnya lemak di badan. Hah nah ni gambar-gambar yang sempat di snap. Sikit je. Keluar dewan terus nak balik. Tak tahan dengan cuaca yang panas, dan badan pun dah letih. Maklumlah ibu mengandung ni dah takde banyak kudrat. Huhu.

Bunga yang ada teddy dari Cik Abang, lagi satu dari Kakteh
Kakteh, saya, dan Bonda
Close-up
Bersama Cik Abang tersayang
Mari pose ala model. Haha
Last picture before keluar dari UiTM Shah Alam

Masa konvo ni memang saya tak sempat langsung nak ambil gambar dengan kawan-kawan. Tapi nasib baik semalamnya kami ada ambil gambar pre-convo kat Klcc. Gambarnya akan di update nanti ye. Daa

Leave a Reply

CommentLuv badge