» » [CERITA] Lebam Pertama Ammar

[CERITA] Lebam Pertama Ammar

Assalamualaikum.



Ammar dah dapat lebam pertama Ammar semalam. Lebam di pipi. Sebabnya masa Mama tengah bagi Ammar makan, Ammar sibuk nak memanjat. Lepastu Ammar terjatuh dan terlanggar bucu meja, tak sempat Mama nak sambut. Huhu.

Bila tengok pipi Ammar dah lebam ni, Mama rasa bersalah sangat2. Kesian anak Mama ni. Tapi Papa kata tak apalah, budak nak membesar memang macam tu. Nasib baiklah Papa cakap macam tu. So senang sikit rasa hati Mama ni.
Tapi yang sedikit memusykilkan Mama, selalunya budak kalau lebam atau benjol selalunya di dahi. Tapi kenapa lebam Ammar mesti di pipi yang bambam itu? Alahai, dah tak dapat nak gomol2 pipi Ammar puas2, sebab takut Ammar sakit.

Leave a Reply

CommentLuv badge