» » » Cerita Perihal Anak-Anak

Cerita Perihal Anak-Anak

Assalamualaikum.

Tiba-tiba rasa macam dah lama je tak bercerita mengenai hal anak-anak di blog ini. Jadi, hari ini saya nak membebel umpama seorang ibu sejati. Hehe. 30 April lepas (erk punya lama cerita diperam), Izz Ammar demam panas. Dah lama sangat dia tak demam. Kali terakhir Ammar demam panas tahun lepas, masa kami ada di Malaysia.

Bila demam ni, Ammar asyik nak duduk melekat je dengan Mama dan Papa dia ni. Tak nak berenggang langsung. Lepas tu asyik merengek je. Tidur pun tak lena, kejap-kejap je terjaga. Mungkin tak selesa dengan badan yang panas tu. Masa demam ni, selera makan pun tak ada, sampaikan badan Ammar nampak susut sedikit.

Bila kami dah asyik melayan Ammar je, rasa kesian pula kat Irdhina Aneesa. macam kekurangan kasih-sayang pula sepanjang Ammar demam. Rasanya macam Ammar jadi adik kecil, Aneesa pula kakak besar. Aneesa tak banyak ragam sepanjang abangnya demam, tapi kadang-kadang buat muka tak puas hati, dan kadang-kadang buat muka sedih.

Lama juga Ammar demam kali ni, lebih kurang seminggu. Bila dah baik demam, dia banyak tidur dan banyak makan. Dan sekarangni Alhamdulillah, Ammar dah sihat macam selalu. Aneesa pun dah dapat balik perhatian yang sepatutnya. =)

15 Responses

  1. eiela
    | Reply

    haha bleh plak ada undi papa and mama.
    eiela recently posted..Contest Review Tak Terkalah Ahmadfaizal.comMy Profile

  2. Mama Murai
    | Reply

    Selalunya anak lelaki akan undi mak dia, manakala anak perempuan pulak akan lebih mesra kepada ayahnya. 🙂
    Mama Murai recently posted..Duit Innity percumaMy Profile

  3. BeritaKaki
    | Reply

    mesti lah cartoon yg menang..hehehhe… dulu kini dan selamanya..takpun permainan..takpun makanan sweet2 gtu..haha
    BeritaKaki recently posted..Video Gol Pahang 1-1 Lions XII 17 Mei 2013My Profile

  4. Zida
    | Reply

    Muka si adik dahsyat betul dalam gambar tu! macam protes benar nampaknya. Parti Aneesa kot yang menang nanti. Hehe
    Zida recently posted..Surat Cinta Medik My Profile

  5. titan
    | Reply

    manalah depa tahu nak undi siapa..
    titan recently posted..Evolusi Earncent.comMy Profile

  6. Juan
    | Reply

    gambar menangis tu yg x leh tahan tu tengok
    Juan recently posted..Semakan Senarai Hitam PTPTN Imigresen Untuk Keluar NegaraMy Profile

  7. akubiomed
    | Reply

    Anak lelaki memang macam itu ragamnya berbanding anak perempuan senang dijaga.

  8. hafiz
    | Reply

    ni mesti takde yang menang ni..
    hafiz recently posted..Komisyen ke 4 dan 5 dari Panduan Baju KurungMy Profile

  9. kodinz
    | Reply

    Baguslah Ammar dah sihat. Jadi apa keputusan PRU13 tu. parti PAPA atau parti MAMA yang menang 🙂
    kodinz recently posted..10 Kelebihan Pemasaran Affiliate Sebagai Model Perniagan InternetMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge