» » [CERITA] Sudah Hampir Tujuh Bulan

[CERITA] Sudah Hampir Tujuh Bulan

Assalamualaikum.
Maafkan Mama ye sayang. Sudah terlalu lama blog untuk Ammar ni Mama abaikan. Sebabnya Mama terlalu asyik dengan Blog Bardboo yang sudah berhosting sendiri itu. Mama sibuk cari theme, cari plugin, edit itu, edit ini. Sehinggakan Mama terlupa untuk bercerita di sini. Dan kalau kita tengok semula, entri yang terakhir adalah entri ini (Empat Bulan Sudah Berlalu)
Tapi tadi, Mama baru je edit blog khas untuk Ammar ni. Bagi blog ini berwajah baru dan ceria. Dan barulah datang semula mood untuk bercerita di sini. Harap-harapnya mood rajin Mama ni berkekalan lah. Sayang sungguh rasanya kalau setiap perkembangan Ammar tidak dicatatkan. Rugi yang teramat rugi juga jika gambar2 Ammar tidak diabadikan di sini. Jadi, biarlah Mama teruskan bebelan Mama di sini.
Ammar sekarang dah nak masuk tujuh bulan dah. Dah pandai berguling2 dengan laju. Dah pandai mara ke depan juga. Dah pandai angkat bontot punggung, goyang ke depan ke belakang, tapi belum merangkak lagi. Hehe. Tapi kalau letakkan barang jauh di depan Ammar pun, Ammar dah pandai dah untuk pusing2 dan ambil barang tu.
Kalau bab tumbuh gigi, Mama dah tawar hati dah menunggu. Sebabnya dah berbulan2 Ammar asyik masukkan tangan dalam mulut. Mama ingatkan gatal gusi dah, tapi sampai sekarang belum ada tanda gigi tu nak tumbuh. Tak apalah sayang. Mungkin Mama kena nikmati dulu saat2 Ammar tak ada gigi ni. Kalau tak nanti, mesti asyik kena gigit je. Huhu.
Kalau bab gelak dan bergurau, serahkan saja pada anak bujang Mama ni. Itu memang hobi kegemaran Ammar. Terutama sekali bila main2 dengan Papa, gelak sakan tak ingat dunia. Tapi bila bergurau dengan Mama, Ammar gelak gaya2 sopan gitu. Tak best ye main dengan Mama? Huhu. Apa-apa pun, anak Mama ni memang kuat senyum. Sebab tu Mama tengok muka Ammar makin lama makin manis….
Oh ye, sejak Ammar enam bulan, Mama dah bagi makan tau. Ceritanya ada di blog utama Mama tu (Klik SINI). Setakatni Ammar dah makan puree pisang, kentang, dan carrot. Nanti Mama dah nak start bagi Ammar makan bubur nasi pula.
Hah sekarang Mama nak buat sesi mengadu la. Ammar sekarangni dah semakin manja la sayang. Asyik nak Mama ada kat sebelah Ammar je. Kalau Mama bergerak ke dapur je, mulalah Ammar menangis. Kalau Ammar dah tidur di pangkuan Mama dan Mama letak ke bawah pun, Ammar akan menangis juga. Janganlah macam tu sayang, penat Mama. Makin lama makin cekeding dah badan Mama ni. Nanti orang kata Papa tak bagi Mama makan pulak. Huhu.
Erm, penat dah menaip. Mama nak stop dah ni. Nanti kita sambung bercerita lagi ye. Daa…

Leave a Reply

CommentLuv badge