» » » Cik Abang Diugut!

Cik Abang Diugut!

Assalamualaikum.
Pesanan: Kepada ahli keluarga yang baca entri ni, jangan cerita kat  Bonda, Mak, dan Abah tau. Nanti diorang risau. Orang tua tak elok risau, nanti tak tidur malam. Yang muda2 takpe. Huhu..
Kembali kepada cerita….
Semalam (19 Sept 2011) masa Cik Abang baru balik dari kelas, dia kena ugut. Kejadian berlaku kat stesen Faculty of Pharmacy. Masa tu hujan, so tak ada orang. Yang ada cuma dua orang remaja yang nak “PAU” Cik Abang. Diorang panggil Cik Abang datang dekat kat mesin beli tiket. Cik Abang pergilah dan rupanya diorang nak ugut suruh Cik Abang bayarkan tiket diorang. Tapi Cik Abang malas nak layan, dan terus blah dari situ.
Tapi bila Cik Abang cerita kat saya, saya rasa risau sangat! Yelar, kali ni mungkin hanya nak pau beli tiket je. Tapi kalaulah ada yang nak pau duit dan diorang bawak senjata, macam mana? Haish, jangan pikir, jangan pikir!! Tapi tetap terpikir gak.
So, malam tadi gak terus mencari kat website untuk beli kereta second hand. Harapnya cepatlah dapat beli kereta, tak perlu naik public transport lagi. Sekarangni selagi Cik Abang tak sampai ke bilik hotel, hati saya tak akan tenang. =(
Kata Bardboo: Teringat pulak kisah Uda saya kena ugut di Puduraya.

Leave a Reply

CommentLuv badge