» » » Cuti-cuti Eropah Sudah Bermula!

Cuti-cuti Eropah Sudah Bermula!

Assalamualaikum.

Hari ni, hari terakhir Cik Abang ada kelas. Bermula esok, Cik Abang akan bercuti selama dua minggu. Yelar, kan nak dekat Krismas dah ni. Kalau pergi berjalan mana2 pun, asyik nampak Santa Claus je. Hehe.

Lepas Maghrib jap lagi ni, kitorang nak pergi berdating ke Capitol. Saja je nak jalan2 sambil mengambil gambar. Dan juga untuk Cik Abang melepaskan tension belajar. Dalam bulan ini dia ada banyak sangat exam. Ni hati tengah berbunga riang la tu sebabnya dah habis exam. =P

Untuk cuti kali ni, kami bercadang untuk ke Carcasone dan Andora. Dan kalau boleh, mahu ke Barcelona sekali. Tapi tengoklah keadaannya macam mana dulu. Kalau sempat, sampailah. Kalau tak sempat, pergi yang dekat2 ni dulu jela.

Rasanya ada banyak sangat benda yang perlu dilakukan dalam cuti dua minggu ni. Berjalan dan bershopping, itu sudah semestinya! Tapi kena tambah lagi dengan mengemas dan menghias rumah. Sebab saya tak sempat nak buat kalau tinggal berdua je dengan Ammar. Huhu.

Kalau sepanjang dua minggu ni blog tak berupdate, serta komen dan kunjungan tak berbalas, paham2 jela ye. Saya nak menghabiskan masa dengan suami dan anak tersayang. Semoga dengan aktiviti2 ini dapat menghilangkan kerinduan kami pada orang2 di Malaysia.

19 Responses

  1. Kini Bersiaran Kembali!! | Blog Bardboo
    | Reply

    […] Post navigation ← Previous […]

  2. Zida
    | Reply

    bestnyaaaaaaa =______=

    takpe, cuti puas2 lepas exam!!
    Zida recently posted..Wordless Wednesday #8 – Mid Year Exam At The CornerMy Profile

  3. Miss Yati
    | Reply

    Seronok dapat jalan-jalan. Tapi yang lebih penting, masa dan kenangan dengan keluarga tu yang palinggg bermakna.

  4. ema
    | Reply

    seronoknya…..sudah pasti sana sangat sejuk kan
    ema recently posted..MasterChef Malaysia – Ada udang disebaliknyaMy Profile

  5. levelsatu
    | Reply

    muladah musim orang pergi bercuti ke sana-sini. ni sampai ke eropah pula ye..
    levelsatu recently posted..KTMB Lancar Perkhidmatan Keretapi Malayan TigerMy Profile

  6. shraqs
    | Reply

    Selamat bercuti dan hati2…
    shraqs recently posted..16 Games Percuma Untuk Peranti Galaxy Dari Samsung AppsMy Profile

  7. Ezuekhai Niaga
    | Reply

    Mmg manarik makan angin nun jauh di sana.. 🙂
    Ezuekhai Niaga recently posted..Cara Tuntutan Baucar Buku 1Malaysia RM200My Profile

  8. akubiomed
    | Reply

    Seronok dapat berjalan-jalan makan angin di negara orang. 🙂
    akubiomed recently posted..Bila serba tak menjadiMy Profile

  9. ohcikgu
    | Reply

    emm..dah mula bercuti. kat malaysia pun dah setat cuti-cuti malaysia. hehe..
    ohcikgu recently posted..Gadis 19 tahun dipaksa jadi pelacurMy Profile

  10. Juan
    | Reply

    wah best dapat jalan jalan kan

  11. kimmie
    | Reply

    selamat bercuti bersama keluarga..:)
    kimmie recently posted..satu kisah untuk dikongsi bersamaMy Profile

  12. cikpuanhady
    | Reply

    waaa..beshnya gi jenjalan..
    cikpuanhady recently posted..Dari CommentLuv ke Threaded CommentMy Profile

  13. kakyong
    | Reply

    selamat bercuti & meluangkan masa dgn suami & anak
    kakyong recently posted..Contest & Giveaway Ibu SIhat Anak RiangMy Profile

  14. ayu lilprincess
    | Reply

    seronoknya pergi cuti-cuti di luar sana….
    ayu lilprincess recently posted..nak salahkan Facebook ker Google Chrome nih??My Profile

  15. titan
    | Reply

    bestnya dapat cuti-cuti..
    titan recently posted..Komisen pertama dari AddMathTambahan.bizMy Profile

  16. paihujey
    | Reply

    nak ikot..haha..bestnya dapat jalan-jalan..hmmmm..bila la dapat merasa jalan-jalan jugak ni..
    paihujey recently posted..Perlukah Letak CommentLuvMy Profile

  17. Denaihati
    | Reply

    semoga selamat pergi n balik dr makan angin
    Denaihati recently posted..iPhone 4S Malaysia dilancarkanMy Profile

  18. padin
    | Reply

    bestnya boleh berjalan2, hehehee…
    aku pun bercuti juga, tapi jalan2 di kampung je ekekee
    padin recently posted..Apa Yang Di Cari?My Profile

  19. rosie rose
    | Reply

    bestnya bestnyaaa!!! nak ikut jalan sama…

Leave a Reply

CommentLuv badge