» » » Cuti Dah Habis!

Cuti Dah Habis!

Assalamualaikum.

Selamat memulakan hari baru, minggu baru. Cepat betul rasanya cuti seminggu Cik Abang dah habis. Tup-tup esok dah mula balik kelas, mula balik rutin sebelum ni. Untuk cuti seminggu ni kami tak berjalan ke mana-mana sangat pun. Tak macam cuti tahun lepas, kami pergi bercuti di Paris.

Untuk cuti kali ini pergerakan agak terhad sebabnya hari Isnin lepas saya kena pergi buat ujian air gula, dan hari Selasa pula Cik Abang ada urusan di Prefecture (buat Carte de Sejour). Hari Rabu tu pula kami pergi beli barang-barang makan dan barang keperluan rumah. Dan esoknya barulah berpeluang nak pergi ke African Safari, itupun pergi mengejut je sebab tengok cuaca elok tak hujan.

Hari Sabtu baru kami bergerak jauh sikit untuk melawat Cahors dan Saint Cirq Lapopie, nanti saya akan ceritakan dengan lebih lanjut dalam entri seterusnya ya. Jadi itulah sahajalah yang kami dapat buat dalam masa seminggu cuti ni. Tak banyak berjalan, tapi tetap puas sebabnya dapat luangkan masa berkualiti bersama keluarga. ^_^

20 Responses

  1. Sop
    | Reply

    Cuti dah habis? boleh apply lagi sbb cuti sekolah panjang lagi.. hehehe
    Sop recently posted..Umur berapa sesuai anak diajar bertudung?My Profile

  2. Jalan-Jalan di Cahors - Blog Bardboo
    | Reply

    […] yang saya tulis dalam entri yang ini (Cuti Dah Habis), kami ada pergi jalan-jalan di Cahors. Cahors ni merupakan salah satu kawasan tarikan pelancong di […]

  3. akubiomed
    | Reply

    Rasa cuti 7 hari sekejap masa berlalu kan. 🙂
    akubiomed recently posted..Sambutan Hari Lahir abang Ngah dan Baby AslahMy Profile

  4. Hafizul
    | Reply

    emm cuti lama mana seminggu jer..memang rasa sekejap..hehe..padan duk habiskan masa dengan keluarga jer seminggu tu..anyway meriah juga kan dapat pergi jalan-jalan walaupun dalam keadaan mengandung..hehe
    Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #33 – AlhamdulillahMy Profile

  5. pahan
    | Reply

    lawak muka budak tu 🙂
    pahan recently posted..Kawan sejati teman abadi & sukar digantiMy Profile

  6. Dulu Lain Sekarang Lain
    | Reply

    Tambah lah cuti lagi ehhh….
    Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

  7. African Safari di Toulouse | Bawa Ammar Tengok Binatang
    | Reply

    […] post: Cuti Dah Habis! Blog Bardboo  »  Memori di Perancis   »   […]

  8. ajumohit
    | Reply

    seronok dapat makan angin ye bardboo, nanti kongsikan gambar2 di sana
    ajumohit recently posted..Pinggan dan cawan bunga kangkungMy Profile

  9. beckhr00y
    | Reply

    takpe, lain kali ada lagi cuti
    beckhr00y recently posted..Permohonan Innity DiterimaMy Profile

  10. Naziman
    | Reply

    Orang tua kata, kalau gembira. Masa berlalu tu rasa cepat ja. Setahun pun macam seminit kalau terlalu gembira.
    Naziman recently posted..iPhone 5 Gadget impianMy Profile

  11. syaifuddin alias
    | Reply

    boleh laa buat aktiviti lasak lepas ni ..haha
    syaifuddin alias recently posted..SEO Extravaganza : Dijemput Semua Blogger Mencuba NasibMy Profile

  12. Amirez
    | Reply

    seronok nampaknya berjalan2 tempat orang. luas pemandangan.
    Amirez recently posted..Contest 3 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

  13. titan
    | Reply

    haha..masa dah time…
    titan recently posted..iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge