» » Daftar Perniagaan di SSM

Daftar Perniagaan di SSM

cara daftar perniagaan di SSM

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, saya dah capai satu pencapaian baru dalam bidang bisnes online. Akhirnya saya dan suami dah mendaftar perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Nama yang dipilih adalah BNK Global Resources. B singkatan nama saya (Badariah), dan K singkatan nama suami (Karim).

Senang je sebenarnya proses nak mendaftar perniagaan ni. Tapi entah kenapalah lama sangat ditangguhkan. Sekarangni bila dah berdaftar dengan SSM, bertambah semangatlah nak berbisnes. =)

 

Kami pergi mendaftar di Menara SSM. Borang pendaftaran memang sudah siap di print dan di isi dari rumah lagi. Jadi bila sampai sana, cuma perlu ambil nombor dan tunggu giliran sampai. Urusan di kaunter pun sekejap je. Di kaunter ini juga terus kena bayar yuran pendaftaran.

Selesai urusan di kaunter, kena tunggu dulu sebelum nama dipanggil untuk ambil sijil yang dah siap. Macam tu je urusannya. Tersangatlah mudah!

Bagi yang buat bisnes tapi belum mendaftar, bolehlah buat ye lepas ni. Dalam masa sejam je dah boleh siap.

7 Responses

  1. Mulyadi
    | Reply

    saya pun ingin perniagaan cam tuh, kini belum dapat masih urus hal lain pun
    Mulyadi recently posted..Paket Umroh Mei 2017 Baitullah Ku BersujudMy Profile

  2. vitri
    | Reply

    enaknya jadi pengusaha
    vitri recently posted..Max DoorMy Profile

  3. Fatin
    | Reply

    Ow mudah je ye. Mudah-mudahan saya sampai jugak ke tahap ni & semoga dipermudahkan urusan
    Fatin recently posted..Testimoni Berhenti Merokok Dengan Vivix ShakleeMy Profile

  4. zik
    | Reply

    memang sekejap jer..dekat tempat isi borang tuh pun ada bagi dia punya instruction
    zik recently posted..Sajak, Perjalanan hidup ini.My Profile

  5. Hero Borneo
    | Reply

    saya juga dalam perancangan ke arah itu..ada syarikat sendiri
    Hero Borneo recently posted..Tips Hilangkan Stress Dalam SeminitMy Profile

  6. Azmir Shah
    | Reply

    Sudah mendaftar perniagaan. Mudah-mudahan lepas ini perniagaan makin kencang. hee
    Azmir Shah recently posted..Ibu Ini Menukarkan Dunia Tidur Anaknya Kepada Sesuatu Yang Luar BiasaMy Profile

  7. titan
    | Reply

    memang sekejap aje prosesnya itu.

    tapi pelik juga ramai yang bertangguh.
    titan recently posted..I believe YOU can fly?My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge