» » Dah Beli Saham Bank Rakyat. Korang Tak Nak Ke?

Dah Beli Saham Bank Rakyat. Korang Tak Nak Ke?

Assalamualaikum.
Rasanya ramai dah tahu tentang penambahan syer Bank Rakyat ni kan? Kalau belum tahu, bolehlah google sekarang. Rugi sangat-sangat kalau tak join tau.
Pagi tadi saya dan Cik Abang dah pergi ke Bank Rakyat Batu Pahat. Pergi pagi-pagi, belum ramai orang. Urusan pun cepat je dah setel. Buat yang tak tahu lagi, boleh masukkan RM500 je dulu tau. Kalau nak buat tambahan, kena isi borang lain yang akan dihantar ke HQ.
Jangan lupa bawa salinan IC masa pergi tu. Dan sila pergi pagi-pagi, sebab nanti borang habis. Benda ni macam goreng pisang panas. (Uda saya pergi lewat sikit tadi, dan borangnya dah habis. Hehe)
Kenapa kena rebut peluang ni? Sebab pulangan dari Bank Rakyat sangat menguntungkan. So daripada menghabiskan duit tak tentu pasal, baik kita join benda ini. OK?
p/s: Tak sabar nak tunggu harga saham Public Mutual naik, nanti nak jual. =)

Leave a Reply

CommentLuv badge