» » Dah Beli Spectra 3

Dah Beli Spectra 3

Assalamualaikum.
Kalau sebelum ni saya sibuk duk cerita kat blog ni yang saya nak beli breastpump, kan? So last Sunday kitorang dah beli dah! ^_^
Beli kat kedai Enjoy Breastfeed, dekat je kedai ni dengan rumah Bonda kat Klang tu. Tapi yang kitorang ni mula-mula tersalah tengok plan, kitorang dah sampai ke Bukit Raja dah. Bila tengok balik peta, lar kat Port Klang je pun kedainya! Hehe. Memang jauhlah merantau semata-mata nak beli breastpump. Nasib baik kedai tak tutup lagi.
Kitorang beli Spectra 3 je, tak mampu la nak beli Medela yang mahal melampau tu. Tapi apa-apapun, saya bersyukur sebab masih ada bajet untuk beli breastpump ini. Harapnya saya dapat menyusukan baby sampai umur dia 2 tahun. Itu azam saya. InsyaAllah. ^_^
So inilah dia rupa baranng yang kitorang beli, Spectra 3 + extra shield = RM338.
Kalau korang nak bali barang-barang baby, belilah kat Enjoy Breastfeed ni. Harganya lebih murah berbanding kedai-kedai yang lain. So disebabkan kedai ni dekat je dengan rumah Bonda, senanglah saya nak merembat barang-barang baby nanti. =)

 

Bila dah beli ni, Cik Abang tak sabar-sabar nak suruh saya cuba. So hari Rabu lepas kot, kitorang pun cubalah. Masa kat kedai tu dah set kan laras Spectra tu kat level yang paling tinggi, so bila saya guna, terus menjerit!! Mak aih, sakit gila tahap tak tahu nak cakap! Tapi memang susu ada keluarlah. Huhu.
Lepas tu kitorang pun try lagi untuk cari level pressure yang saya tak rasa sakit. Yang susahnya Spectra ni sebab tak ada indication untuk kekuatan suction. So Cik Abang dah buatkan seperti gambar kat bawah ni untuk kesenangan saya nanti.

p/s: Masa kat kedai ada gak tengok-tengok Spectra Dew. Ingatkan Dew ni comel je macam saiz buah epal ke, sekali macam saiz tembikai susu! Terus hilang kecomelannya. Huhu.

One Response

  1. […] saya salahkan diri sendiri, yang masa mengandung 9 bulan tu hanya sibuk survey nak beli barang apa (Spectra3, Set Bersalin, Cloth Diapers) dan nak bersalin kat mana. Masa tu langsung tak terfikir nak menggali […]

Leave a Reply

CommentLuv badge