» » Dah Masuk Minggu ke-38

Dah Masuk Minggu ke-38

Assalamualaikum.
Korang semua macam mana? Sihat tak? Saya dah ada kat Klang dah ni, sejak hujung minggu lepas. Tengah menunggu hari nak bersalin la ni. Cik Abang plak ada kerja kat Shah Alam, sampai esok.
Hari Isnin hari tu dah pergi buat second check-up kat Poliklinik Barakah. Alhamdulillah semuanya ok. Tapi kan, berat baby dah 3kg!!! Waaa, terkejut gak bila doktor cakap tu. Tak mahulah baby besar-besar sangat, nanti susah nak bersalin. Huhu.
Agak-agaknya bilalah baby ni nak keluar ye? Mama dan papa dia dah tak sabar-sabar dah ni. Lagipun kalau cepat bersalin, cepatlah habis pantang. Nanti lepastu dah masuk bulan puasa plak. Baju raya kali ni nampak gayanya beli yang dah siap jela. Sebab tak tahu lagi badan ni akan kurus balik atau tak lepas bersalin nanti. Hehehehe.
p/s: Saya rasa nak buat giveaway la. Korang nak join tak?
************************************************************************

Leave a Reply

CommentLuv badge