» » Dari Batu Pahat ke Gombak

Dari Batu Pahat ke Gombak

Assalamualaikum.

Lamanya dah tak update blog ni! Maaf la ya, tuan blog agak sibuk kebelakangan ni. Dalam bulan Disember tahun lepas, Mama dah mula sibuk bungkus-bungkus barang untuk berpindah. Dan pada 17 Januari lepas, kami dah selamat berpindah dari Batu Pahat ke Gombak. Haa lepas pindah sudah mesti la sibuk nak kemas-kemas rumah pula kan?

Masa mula-mula masuk rumah ni, memang rasa macam geli je nak tinggal kat sini. Sebabnya penyewa rumah yang sebelum ni tinggalkan rumah dalam keadaan yang sangat-sangat kotor! Kalau Mama letak gambarnya di sini pun, mesti ada yang geli nak tengok. Yang paling Mama tak tahan tengok adalah bahagian bilik air. Rasanya macam tak pernah dibersihkan kot. =(

pindah rumah

Untuk bersihkan kedua-dua bilik air (atas dan bawah) je dah mengambil masa dalam seminggu. Lepas dah bersih, barulah rasa selesa sikit. Sekarangni Alhamdulillah rumah dah hampir selesai kemas, cuma tinggal beberapa benda je lagi kena uruskan.

Oh mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa kami berpindah ke Gombak? Cik Abang sambung buat PhD di UIA Gombak. InsyaAllah kami akan tinggal di sini untuk tiga tahun. Harap-harap Cik Abang dapat habiskan dalam masa tiga tahun ni, doa-doakan la ye. =)

Ada beberapa benda lagi yang Mama nak kongsikan dengan semua, nantilah dulu ye. Kita sambung esok. Bye.

13 Responses

  1. titan
    | Reply

    ohh..

    ingatkan pinda
    titan recently posted..Nes VGS Energy Drink BAGUS untuk ibu mengandungMy Profile

  2. Sani Sini Sana
    | Reply

    Selamat datang ka Gombak..Suasana mungkin sibuk sikit jika dibandingkan dengan batu pahat…:-)
    Sani Sini Sana recently posted..29 Tips Pemasaran FacebookMy Profile

  3. Sue Sopian
    | Reply

    selamat berpindah ke KL.. hehe..
    rindu kat bardboo.com dulu tu.. hehe..
    berpindah randah mama skrg.. best! dpt merasa merantau ke tempat org.. 🙂

  4. adarain
    | Reply

    Semoga maju jaya buat suaminya yang mengambil Phd.
    adarain recently posted..Hj Hasbullah Awang dan Tok Guru Hj Nik Aziz Nik Mat Dalam KenanganMy Profile

  5. imran
    | Reply

    selamat menjadi orang gombak
    imran recently posted..Kenapa tak nak berubah kalau nak kewangan kukuh?My Profile

  6. mohdridzwan
    | Reply

    Semoga berjaya kepada encik suami.
    3 tahun tu tak lama. Layan la KL dulu yer. Hehehe…
    mohdridzwan recently posted..Malaysia Best Blog 2015My Profile

  7. AZENI AHMAD
    | Reply

    Selamat datang ke Kuala Lumpur.
    Hehe.
    AZENI AHMAD recently posted..Bagaimana Pelukan Membantu Dalam Hubungan?My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge