» » Diari Seorang Pengedar Shaklee

Diari Seorang Pengedar Shaklee

posted in: Shaklee | 2

Assalamualaikum.

Salah-satu sebab Mama mula berniaga Shaklee adalah kerana ingin mengisi masa lapang. Kalau boleh, nak buat sesuatu yang mencabar diri sendiri supaya tak adalah rasa bosan je. Almaklumlah, kan sekarangni Mama merupakan seorang surirumah tangga sepenuh masa. Alhamdulillah, sejak aktif berniaga Shaklee ini, Mama rasa lebih seronok nak menghadapi hari-hari baru sebab Mama tahu setiap hari akan ada cabaran baru perlu dilalui.

Orang kata, bila dah mula berbisnes ni, mulalah lupa anak lupa suami. Betul ke macam tu? Bagi Mama, yang penting adalah cara kita membahagikan masa. Macam sekarangni, Mama mula buka laptop dan update blog hanya bila anak-anak dah nyenyak tidur malam. Bila anak-anak dah tidur inilah baru Mama boleh betul-betul fokus menghadap kerja. Selalunya waktu-waktu malam macam ini Mama akan update blog, schedule status updates untuk fanpage, balas emel-emel customer, proses order, dan baca buku untuk tambah pengetahuan tentang vitamin, nutrisi, dan kesihatan.

Masa siang pula Mama akan tumpukan pada anak-anak. Cuma sesekali akan curi-curi online di handphone untuk update gambar dan status di laman sosial, dan juga untuk balas Whatsapp dan SMS dari customer. Dan tak lupa juga aktiviti memantau prestasi downline di dalam kumpulan Mama (Diamond Network). Kadang-kadang Mama cuba juga buka laptop sekejap sementara anak-anak tengah ‘nap’, tapi kadang-kadang Mamanya pun join tidur sekali. Hehe. =P

Bagi pengedar-pengedar Shaklee yang serius berniaga, ada dua tarikh penting dalam setiap bulan yang sangat penting bagi kami. Iaitu hari terakhir bekerja bagi satu-satu bulan, atau lebih dikenali sebagai tarikh closing. Inilah masa kritikal untuk menentukan seseorang itu dapat naik rank, dan juga masa kritikal untuk pengumpulan point bagi bulan tersebut. Tarikh kedua adalah pada pertengahan bulan, iaitu apabila bonus bagi usaha bulan sebelumnya akan dimasukkan ke dalam akaun bank masing-masing.

Kesimpulannya, Mama gembira dengan apa yang Mama buat seakrangni. Dan lebih bertambah gembira bila suami turut sama membantu dan memberi semangat.

Berminat untuk menjadi seorang pengedar Shaklee seperti Mama? Jom klik-klik link di bawah ini ye:

1. Lima Sebab Perlu Jadi Ahli Shaklee Dengan Segera

2. Cara Mendaftar Sebagai Pengedar Shaklee

 

Untuk mendaftar, sila klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

daftar ahli shaklee

Portfolio MamaBard

2 Responses

  1. titan
    | Reply

    waduhh..ramainya join shaklee sekarang yek. 🙂
    titan recently posted..Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.comMy Profile

  2. anuar
    | Reply

    Seronoknya dapat jadi suri rumah tangga sepenuh masa dan business women secara part time macam mama. . Boleh luangkan banyak masa bersama anak-anak. .
    anuar recently posted..Pulangan Pelaburan Melebihi 2000% SetahunMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge