» » Dilema Bila Anak Lambat Bercakap

Dilema Bila Anak Lambat Bercakap

bila anak lambat bercakap (1)

Assalamualaikum.

Apa agaknya perasaan ibubapa yang mempunyai anak yang masih belum bercakap? Sudah semestinya sedih dan juga risau dengan perkembangan si anak. Mesti kita akan terfikir, apa yang aku dah buat silap ni? Saya pun merasai benda ni, sebab Izz Ammar (anak pertama) masih belum pandai bercakap walaupun dah berumur 3 tahun 5 bulan.

Memang ramai yang beranggapan yangΒ anak pertama dan anak lelaki selalunya memang akan mempunyai masalah untuk bercakap. Tetapi, kebanyakan anak-anak sebaya Ammar ini memang ramai yang dah pandai bercakap. Mula-mula, kami ingatkan Ammar ada autism. Sebab awal-awal dulu memang dia ada menunjukkan sedikit ciri-ciri autism.

Tetapi apabila di bawa berjumpa doktor, doktor katakan Ammar budak normal, cuma ada masalah lewat bercakap. Sejak itu, kami terus bawa Ammar untuk jalani sesi terapi pertuturan. Banyak juga sesi pertuturan yang kami pergi, seminggu sekali. Tetapi akhirnya kami terpaksa berhentikan kerana sebab-sebab tertentu.

Dan selepas itu, kami masukkan pula Ammar ke taska. Dengan harapan dia akan bergaul dengan kawan-kawan sebaya dan mudah untuk dia belajar bercakap. Alhamdulillah, sejak masuk taska ni, adala nampak perubahan positif. Dia dah bertambah rajin untuk menggerakkan mulut untuk keluarkan bunyi, kalau tak dulu Ammar lebih kepada mumbling sahaja.

Untuk setakat ni, Ammar susah pandai sebut air, nak, papa, adik, no. Itu sahaja. Jika mahukan sesuatu, dia akan tarik tangan ataupun buat signal tangan.

Memang sedih bila tengok Ammar. Sedangkan Aneesa lebih banyak bercakap dari abangnya. Tapi saya berpegang pada prinsip ini, setiap anak berbeza perkembangannya. InsyaAllah kita sama-sama lalui cabaran ini.

Bila tengok anak-anak orang lain dah pandai bercakap dan sekarang dalam proses nak belajar membaca pula, memang saya rasa tergugat. Rasa takut kalau Ammar ketinggalan dari orang-orang lain. Tapi, saya kena kuatkan hati. Kena lebih banyak bercakap dengan Ammar. Dan yang paling penting, jangan banding-bandingkan Ammar dengan orang lain. InsyaAllah. Benda ini perlu sentiasa diingatkan.

Anda pula macam mana? Ada tak sebarang pengalaman dengan anak-anak yang lamat bercakap? Jom kongsikan di sini. =)

30 Responses

  1. siti nasrhah
    | Reply

    seronoknya banyak info saya tahu dan akan saya praktikkan untuk anak-anak saya…

  2. mommyira
    | Reply

    Anak saya pun mcm tu kak. Planning nak anta tadika tahun depan dgn harapan dia dapat belajar bergaul and boleh improve bercakap tapi saya risau cikgu2 xfaham apa yg anak sy cakap nnt.
    Akak dulu macam mana ye?

  3. Churnia
    | Reply

    Berati akak masukkan dekat taska dia oke la ye kak? Kalau mcmtu memang kena buat juga sy mcam tuu sebelum lambat

  4. umi haq nisa
    | Reply

    sedihnyer.. anak saya pn masih belumbercakap umur 3tahun 5bulan.. klu nak ape2 ammar akan tarik tgn sy atau ayahnya.. kadang ammar menyanyi tapi sy dan suami xfaham.. kdg2 bunyi cam lagu cina pn ada he3.. risaula tkot ammar lambat dalam pelajarannya.

  5. mamasya
    | Reply

    macam anak sya umur dah 2 tahun 9 bulan.. tp masih belum bercakap.. paling panjang pon ‘nak susu’ ‘dah sampai’ tp Alhamdulillah dia bleh kenal A-Z.. 1-10.. Alif Ba Ta (Kadang tunggang Tebalik jugak).. itupon cukup menggusarkan ati mama bila cikgu taska dia tya ada bawa mikail jmpa doktor ke.. hoho..

  6. NURHAFILAH
    | Reply

    Puan pegi check up anak tu di mana tue ye?

  7. noraini
    | Reply

    salam.
    sy pn mpunyai ank xpndai bcakp.
    umur 2y 4bln.
    yg ada kuar dr mulutnya nah.
    1 pkataan je.
    risau hati ibu ne.

  8. maya
    | Reply

    Assalamualaikum Puan..anak puan sudah mula bercakap ke? saya hadapi masalah yang sama seperti puan..anak saya sekarang 3 tahun 2 bulan…masa dia umur 2 tahun lebih…ada la 3 ke 4 perkataan yang dia sebut..seperti “lari”..”sakit…”sekarang dia bnyak guna rythm..bunyi dari tekak..saya baru hntar dia pergi speech terapi dan occupational terapi..tapi masih tak nampak lagi perubahan…awal bulan ni saya start hantar dia play school..hati ibu mana yang tak risau…

  9. izara
    | Reply

    Anak sy 3 tahun sebulan…lambat ckp gak…tp leh sebut alphabet sikit2…ade g speech terapi tp sempat g 2 sesi je…sb diorg bedung anak sy ngn kain selimut…kateny utk ‘calming’kan anak…anak mcm trauma je…xsanggup dh nk hantar..nanti nk set appointment ngn Dr pakar…takut autism…minta doakan anak sy normal….

    • maya
      | Reply

      izara…anak awak dah bole bercakap ke? umur anak kita sebaya

  10. makcik prihatin
    | Reply

    salam..saya ada 2 anak buah yg masih x boler btutur dgn betol..3thn dan 4 thn..semua perkataan bmula dgn huruf A..duduk- aduk, minum- anum, sini- ani..perkataan yg keluar semuanya sukar difahami..sy makin risau bila mereka hanya nangis shj jika nk ckp sesuatu..yg mnjadi btambah risau apabila kakak sy dan suaminya relax shj, hanya sekali shj bjumpa therapist..what should i do?

  11. yus
    | Reply

    assalamualaikum,
    saya juga mengalami masalah yang sama seperti puan.. anak perempuan saya berusia 2 tahun 6 bulan, masih belum lancar bercakap.. boleh sebut mak Ayah adik kakak, habis, nak air tp masih lagi baby talk.. saya sangat rungsing memikirkan kesukaran anak saya untuk bertutur normal seperti kanak2 sebaya dengannya.. Jadi saya merancang untuk menghantar anak saya ke tadika, jika itu dapat membantu anak saya untuk bertutur dgn lebih lancar.. Boleh puan kongsikan perkembangan positif ammar dari segi pertuturan setelah hantar ke tadika.. sedikit sebanyak boleh mengurangkan keresahan saya.. terima kasih

  12. zura
    | Reply

    salam..terjumpa artikel ni rase lega sikit.anak saya dh 2 tahun 3 bulan.tak pandai bercakap lagi.cuma cakap bahasa dia je.misi dh buat temujanji utk jupe dktor..risau sgt..

  13. muja
    | Reply

    lambat tak semestinya tak baik,,, mana tahu nanti besar lebih berjaya daripada yang cepat,, doa banyak banyak,, πŸ˜€

  14. titan
    | Reply

    takpe.

    dah besar nanti pandai la tu cakapnya..
    titan recently posted..Camana nak PILIH blog untuk iklankan produk kita?My Profile

  15. Yeen
    | Reply

    Alhamdulillah.. Mama kuat semangat insyaaAllah.. memang kena selalu ingat, anak semua beza2 so memang tak boleh banding2, nanti kita sendiri pressure hehe. Teruskan usaha + doa! Saya doakan Ammar bercakap soon πŸ™‚
    Yeen recently posted..Sukanya testimoni set pantang optimum Shaklee!My Profile

  16. Norhayati Suaib
    | Reply

    tengok kartun macam upin ipin atau boboiboy mungkin boleh membantu.kanak-kanak suka meniru perkara yang berulang-ulang.
    Norhayati Suaib recently posted..5 Panduan Mudah Mendidik Anak Mengenal SolatMy Profile

  17. norfaziela mohd noor
    | Reply

    Untung izz ammar ada mama yang penyayang. Cerita yang amat menarik. Untuk di ambil sebagai peringatan buat saya. Juga ibu kepada anak-anak saya πŸ™‚

  18. Myra Jay
    | Reply

    Perkembangan setiap anak tak sama.. tapi dah Doktor kata normal takpa la, takyah risau k πŸ™‚
    Myra Jay recently posted..Jeruk Mempelam/Mangga Asam BoiMy Profile

  19. siti hazreen
    | Reply

    mungkin dia perlukan dorongan untuk dia bercakap. macam kena selalu bercakap dengan dia, dan ajar cara balas sesuatu pertanyaan ke.
    siti hazreen recently posted..Permohonan Pengajian Siswazah di USM 2015/2016My Profile

  20. Nadot
    | Reply

    Kalau Dr dah kata normal, tak ada masalah apa-apa tu. Lambat sekejap je tu. InsyaAllah takkan menjejaskan perkembangan masa besar nanti. Jangan down2 ye Mama Bard πŸ™‚
    Nadot recently posted..Contest dari Edinburgh – Blogger yang DikagumiMy Profile

  21. Denaihati
    | Reply

    Lain anak memang berbeza mula bercakap, berjalan. tapi bila dah pandai bercakap, jenuh nak layan…heee.

  22. suryaBaizura
    | Reply

    sy pun alami situasi yg sama, ank no3 berumur 2thn 8bln tak pandai nk berkomunikasi, tp Allh kurnikan dia boleh mengingt A-Z, x ikut urutan, count 1-20, backward 10-1, in english. Sy dh cukup bsyukur. Hanya pkataan pendek sikit2 je. call ibu,ayah,air,akak,abis,ucu …NO pktaan favoret dia.. his my owsome son.

  23. ctfand
    | Reply

    *eh, bukan ke taska..ke tadika.. silap πŸ™‚

  24. ctfand
    | Reply

    Anak saudara saya pun lambat bercakap. Sekarang dah 4 tahun. Cuma mampu cakap 2 patah macam tu. Saya n suami dah cadangkan supaya dia dimasukkan ke taska tahun depan. At least, bila dia bergaul, dia pandai cara communicate. Sekarang ni, cara dia main dgn sepupu2 dia pun ganas dan dia sgt selfish…pening mak dia (adik ipar) nak control..
    ctfand recently posted..Koleksi Gambar Rama-RamaMy Profile

  25. siti aminah
    | Reply

    Anak sulung akak pun lambat bercakap, sekarang dah darjah 3, akak perhatikan dia lambat bercakap sebab tak pandai susun ayat membuatkan dia malas bercakap, tapi since dan mula dapat tune, taknak berhenti bercakap…..jangan risau la….anak ketiga akak pun symptom yang sama he he

Leave a Reply

CommentLuv badge