» » DTX Complex Untuk Kesihatan Hati Anda

DTX Complex Untuk Kesihatan Hati Anda

posted in: Shaklee | 0

Assalamualaikum.

Hati merupakan antara organ yang penting dalm badan kita, tapi sering diabaikan kesihatannya. Secara umumnya, hati betindak sebagai pembersih badan kita dengan menapis segala bahan-bahan berbahaya dan menjalankan fungsi detoksifikasi. Apabila fungsi hati semakin menurun, bahan-bahan toksik akan mula berkumpul di dalam badan.

Jadi, kita perlulah menjaga kesihatan  hati kita dengan baik. Antara ikhtiar yang boleh diambil adalah dengan menggunakan suplemen DTX Complex Shaklee untuk kesihatan hati. Dengan mengambil DTX Complex, ianya akan membantu organ hati kita untuk menjalankan funsgi hariannya dengan efisien, antaranya ialah;

  1. Bertindak sebagai detoksifikasi untuk menyahtoksik bahan beracun seperti dadah dan bahan bernitrogen seperti ammonia.
  2. Mengawal paras gula dalam darah.
  3. Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu. Hempedu perlu untuk pencernaan lemak dan penyerapan vitamin larut lemak (A,D,E,F,K).
  4. Menyimpan vitamin dan mineral tertentu.
  5. Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
  6. Menyingkirkan hormon yang berlebihan.
  7. Menguraikan molekul hemoglobin tua.
  8. Mengawalatur metabolisma karbohidrat, lipid dan asid amino.
  9. Menghasilkan protein plasma tertentu seperti albumin.
  10. Menghasilkan bahan pembekuan darah.

dtx complex shaklee

Keistimewaan DTX Complex ini ialah ianya tanpa perasa tiruan, pemanis, pewarna, atau bahan pengawet tambahan. Dan komponen utama dalam produk ini adalah ekstrak dari milk thistle seed, arthicoke, dandelion, kunyit, cendawan reishi, dan juga schizandra. Kebaikan yang terdapat dalam setiap bahan ini adalah seperti berikut:

1. Milk Thistle Seed:

  • Menghasilkan 80% silymarin yang kaya dengan antioksida.
  • Melindungi hati dari toksin termasuk dadah, racun dan bahan kimia.
  • Merawat masalah hati seperti hepatitis.
  • Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol.

2. Arthicoke:

  • Membina semula sel-sel hati.
  • Merangsang pengaliran hempedu.

3. Dandelion:

  • Membantu fungsi hati dan mengawal bengkak hati atau jaundice.
  • Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu.
  • Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi dan melawan anemia.
  • Merendahkan paras gula dalam darah.

4. Kunyit:

  • Menganduni curcumin – sejenis bahan antioksida.
  • Anti keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan.

5. Cendawan Reishi:

  • Membina imun dan membantu mencegah kanser.
  • Merawat sindrom keletihan yang kronik.

6. Schizandra:

  • Mengandungi antioksida.
  • Merangsang sintesis protein.
  • Meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi.
  • Memperlahankan pembentukan toksin.

Untuk tempahan, hubungi Mama di nombor ini:

MamaBard 013-3876903


Ataupun isi borang di bawah untuk menghantar emel kepada Mama:

Dengan menjadi ahli Shaklee berdaftar, anda akan mendapat diskaun sebanyak 20-25% untuk setiap produk. Dan jika anda mahu berbisnes Shaklee, terdapat banyak lagi kelebihan yang akan anda dapat.

Untuk mendaftar, sila klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

daftar ahli shaklee

Portfolio MamaBard

Leave a Reply

CommentLuv badge