» » Eizil.com | Dari Kacamata Bardboo.com

Eizil.com | Dari Kacamata Bardboo.com

Assalamualaikum.

Sudah sampai masanya untuk saya selesaikan tugasan yang dah lama tertunggak ini. Ini merupakan tugasan terakhir (entri pertama) untuk contest besar-besaran yang dianjurkan oleh Eizil.com. Entri kedua akan menyusul pula selepas ini, InsyaAllah. (Itupun kalau Ammar belum bangun tidur, huhu)

Untuk tugasan ini, para peserta perlu memberi kritikan terhadap blog Eizil.com. Argh susahnya tugasan ni! Macam manalah blogger picisan ini nak mengkritik blog seorang otai yang dah lama dalam bidang ini, kan? Macam tak logik je. Tapi saya cuba sahajalah apa yang termampu.

Mengikut kepada pandangan mata saya ini, blog Eizil terlalu ringkas. Mungkin tuan empunya blog merupakan seorang yang ‘minimalist‘. Tapi mungkin sedikit perubahan boleh dibuat dengan menggunakan header blog yang berwarna supaya blog kelihatan sedikit ceria.

Bahagian footer blog juga perlu diberi perhatian kerana mengikut kepada pandangan mata saya yang agak rabun tapi tak pakai cermin mata ini, tulisan di situ susah nak dibaca. Kombinasi warna hitam dan kelabu macam tidak begitu serasi.

Untuk bahagian ‘homepage’ pula, apa yang boleh saya sarankan adalah menggunakan saiz ‘featured images’ yang sama untuk setiap entri supaya ambar-gambar di bahagian ‘homepage’ nampak sekata.

Akhir sekali, mungkin bro Eizil boleh mengemaskini halaman ‘Rangkaian‘ kerana saya dapati halaman tersebut masih kosong. Rasanya itu sahaja yang dapat saya ulaskan mengenai blog Eizil.com. Harap maaf jika ada tersalah bahasa.

Saya yang menjalankan tugas,

Entri terbaik dari blog Eizil.com, jom kita baca: Peranan Rupa Paras Blog Dalam Penulisan

15 Responses

  1. Rina
    | Reply

    baru pertama kali dengar blog eizil.com
    makin sukses terus buat bardboo.com 🙂
    Rina recently posted..How To Create Free Banner Ads For Website Using Slideshow HTML And jQueryMy Profile

  2. wazy
    | Reply

    semoga berjaya ,ulasan yang ringkas tetapi bermanfaat
    wazy recently posted..Cadangan Dan Kritikan Untuk Eizil.ComMy Profile

  3. Akmaomar
    | Reply

    Test boleh komen ke tak…aritu tak boleh hehe

    Selesai dah semua tugasan ye sis…payak jugakan nak kritik blg otai ni 🙂
    Akmaomar recently posted..Selamat Hari Raya Aidiladha 1433HMy Profile

  4. ShokriJay
    | Reply

    Semoga berjaya ya puan bardboo..:)
    ShokriJay recently posted..Percubaan Pertama Membalut Ketupat Di Hari Raya Aidil AdhaMy Profile

  5. akubiomed
    | Reply

    Payah hendak komen pakar. Ibarat mekanik kereta yang hebat membaiki kereta pelanggan tetapi untuk kereta kegunaan diri sendiri sederhana sahaja. Itulah perumpamaan yang dapat diberikan. 🙂
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Kusyuk bacaMy Profile

  6. zie fauzi
    | Reply

    good luck bard… kak tak join contest ni sbb x dpt beri komitmen sepenuhnya sbb tgh tunggu hari bersalin tu,….
    zie fauzi recently posted..Drama Adam dan Hawa Episod 35My Profile

  7. titan
    | Reply

    dah yang terakhir plakk ye. hehe..
    titan recently posted..Komisen ke 96 dari TNXMy Profile

  8. Eizil
    | Reply

    Terima kasih bard atas cadangan dan kritikan yang telah diberikan, insyaALLAH semuanya akan diambilkira dalam kemaskini akan datang.

    btw saiz semua image tu adalah sama sebenarnya, cuma ilusi nampak berbeza apabila tajuk yang panjang akan menyebabkan gambar tu turun ke bawah, tapi insyaALLAH saya akan cuba atasi masalah ni dalam kemaskini akan datang.

    Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.
    Eizil recently posted..Sifat marah dalam kehidupanMy Profile

  9. Anuar
    | Reply

    Tahniah kerana dah berjaya selesaikan Tugasan Terakhir.. 😉
    Anuar recently posted..Senarai Peserta terkini Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2..My Profile

  10. Juan
    | Reply

    saya tugasan ketiga belum buat lagi nih
    Juan recently posted..Realiti dan Fantasi – Diskaun, Subsidi, Negara KebajikanMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge