» » Esok Result SPM Keluar, Tiba2 Teringat Zaman Nak Ambil Result SPM Dulu2

Esok Result SPM Keluar, Tiba2 Teringat Zaman Nak Ambil Result SPM Dulu2

Assalamualaikum.
Saya dan hubby dah selamat sampai ke rumah sewa kami di Parit Raja semula! Bertolak 5 pagi tadi, sampai pukul 8.30pagi. Lepas Cik Abang pergi kerja je, saya terus bantai tidur sampai tengah hari!! Hehe, memang penat gila. Satu badan sakit sebab tak selesa duduk dalam kereta. Lepas lunch pun, sambung tidur lagi sampai petang. Gila buruk perangai, kan? Huhu.
Ok esok result SPM keluar. Dan esok jugak anak buah saya yang pertama (Ecah), akan ambil result SPM dia. Kompem malam ni dia, kakngah, dan bangngah tak lena tidur. Hehe. Saya dah merasa dah itu semua.
Dulu masa nak ambil result, malamnya memnag tak boleh tidur. Risau semacam je. Takut result tak OK. esoknya bila pergi sekolah pun, masih cuak-cuak lagi. Then ada terserempak dengan seorang cikgu. Dia cakap jangan risau, result saya OK.
Time tu barulah rasa tenang sikit. Dan bila dapat tengok result, Alhamdulillah. Senyum sampai telinga. Hehe. Bersyukur sangat-sangat sebab result sangat memuaskan hati, kecuali untuk Fizik. Maaflah cikgu, Fizik memang bukan jiwa-raga saya.
Pesanan untuk adik-adik yang ambil result esok:

“Bila dah dapat result, fikir betul-betul apa langkah seterusnya yang hendak diambil. Pilih kos yang diminati dan sesuai dengan result yang korang dapat. Jangan menyesal di kemudian hari, OK?”

3 Responses

  1. ABB..
    | Reply

    abg dulu lena jee tido..huhu..tak pikir langsung pun pasal result..hehe..

  2. bArdbOO
    | Reply

    @Republic Aku
    lmbtnya amik..hehe..sy ni jenis yg x menyabau..

  3. Republic Aku
    | Reply

    ambil result selepas 3 hari,takut kena kutuk dgn kawan2…hehehe

Leave a Reply

CommentLuv badge