» » » Fokus Pada Perkara Penting Dahulu

Fokus Pada Perkara Penting Dahulu

Assalamualaikum.

Selamat berhujung minggu buat semua. Mesti ada banyak dapat jemputan kahwin kan? Bestnya, dapat makan nasi minyak, minum air sirap. Err, saya ni cuma dapat mengidam je dari jauh. Huhu.

Setelah difikirkan berkali-kali, saya rasa saya memang kena ambil keputusan ini. Saya kena berikan fokus kepada perkara yang penting dahulu. Apa perkara yang penting tu? Mesti ada yang tertanya-tanya kan?

Jika sebelum ini, saya cuma dapat online guna laptop dua kali sehari. Iaitu masa Ammar tidur tengah hari (selalunya dapat online dalam 1-2jam), dan waktu malam bila dia dah tidur malam. Yang ini bergantung pada waktu dia tidur. Kalau dia tidur awal, dapatlah saya online lama sikit. Kalau dia tidur lambat, kadang-kadang saya terus je masuk tidur sekali sebab dah tak larat.

Untuk online masa siang, saya peruntukkan masa tu untuk update blog dan balas komen rakan-rakan. Yang masa malam pula, saya gunakan untuk berblogwalking ke blog-blog rakan blogger. Tapi disebabkan nak fokus kepada perkara yang lebih penting, saya rasa saya terpaksa korbankan masa untuk berblogwalking itu. Jadi mungkin dari hari ini saya akan jarang sangat-sangat meninggalkan komen di blog rakan-rakan.

Saya nak guna masa yang ada ini untuk fokus kepada kehamilan saya yang dah  masuk minggu ke-31 ini. Saya nak cari ilmu dan info banyak-banyak mengenai natural birth (kelahiran secara alami). Saya tak mahu lagi berdepan dengan medical interventions semasa ingin melahirkan Baby I.A nanti, sepertimana yang saya terpaksa lalui semasa melahirkan Izz Ammar (Baca di sini >> Pengalaman Bersalin) .

 

Pada masa itu saya ingatkan proses kelahiran yang saya alami dah bagus, tapi sebenarnya tidak. Tanpa ilmu, memang macam-macam yang boleh jadi. Kini, saya tak nak benda tu berulang lagi. Dan saya akan cuba persiapkan diri seelok yang mungkin.

Mulai hari ini juga Blog Bardboo akan di isi dengan info-info yang dapat dari pembacaan yang saya lakukan. Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan dan orang-orang di luar sana. Ilmu yang ada takkanlah nak disimpan sendiri je, kan? Walaupun rasanya blog ini lebih ramai dikunjungi oleh kaum Adam, tapi ilmu-ilmu macam ini juga penting untuk korang tahu. Jadi mungkin sehingga saya bersalin nanti, blog ini akan sarat dengan entri2 mengenai kehamilan dan kelahiran. Jangan muak untuk baca ya? Hehe.

Oh sesekali saya akan selit juga dengan gambar-gambar menarik di sini untuk tatapan semua. Cuma tak sekerap dulu la. InsyaAllah blog ini akan berwajah seperti dulu semula bila saya dah bersalin nanti ye. Buat masa sekarang, layankah sahajalah mood mak buyung yang dah nak meletup ini.

Hurm nampak gayanya saya terpaksa lupakan juga contest SEO 3 Blog Pilihan Terbaik yang saya dah sertai ni. Tak cukup masa nak perbaiki ranking. Yang penting dah bagi sokongan pada rakan blogger. Korang yang ada masa terluang tu, apa kata join contest SEO yang dianjurkan oleh adik Syaifuddin Alias?

Buat rakan blogger, jangan kecil hati dan jangan pula cakap Bardboo dah sombong! Huhuhu. Saya akan cuba juga untuk singgah ke blog korang bila ada masa. Tapi mungkin tak dapat nak tinggalkan komen. Setakat baca je sepintas lalu untuk tahu perkembangan terbaru rakan-rakan semua. ^_^

Selamat berblogging buat semua!

Rahsia Mudah Hamil Terbongkar!

13 Responses

  1. Mekar
    | Reply

    Jaga kesihtan diri dan baby itu yg lebih utama sekarang
    Mekar recently posted..Gunung Jerai dah tak sejuk lagi..My Profile

  2. Bila Nak Bersalin Ni? - Blog Bardboo
    | Reply

    […] birth yang diidamkan pun baru je nak dimulakan. Sebab tu sekarang kena kurangkan blogging, dan fokus kepada perkara yang lebih penting […]

  3. cik tom
    | Reply

    xpe fokus kt perkara pentg dl..n jg kesihatan ye sis..

    ciktom ada email psl yg PB tanya psl nak link share says tue..
    cik tom recently posted..3 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

  4. kimmie
    | Reply

    takpe..fokus kpd yg penting…itu lebih penting. Harap semuanya akan selamat. 🙂
    kimmie recently posted..iPhone 5 gadget impianMy Profile

  5. Sop
    | Reply

    mmg penting semasa hamil menjaga kesihatan
    moga bayi terus sihat 🙂
    Sop recently posted..Umur berapa sesuai anak diajar bertudung?My Profile

  6. syaifuddin alias
    | Reply

    dahulukan yang penting dahulu kak …jgn risau, saya akan sentiasa menjadi pengunjung setia blog akak .. saya akan tolong balas komen semua dan mungkin blogwalking untuk akak.. 😀
    syaifuddin alias recently posted..SEO Extravaganza : Dijemput Semua Blogger Mencuba NasibMy Profile

  7. Anuar
    | Reply

    Betul tu.. Saya setuju dengan Puan.. Kita kena fokus pada perkara yang penting terlebih dahulu.. Seperti Madam Mondoq yang dah lama tak update blog disebabkan sedang menanti kelahiran cahaya mata ke 2…

    Semoga Puan dapat membahagikan masa untuk keperluan kelahiran cahaya mata dan untuk penulisan Blog.. Saya dan rakan-rakan blogger lain akan menghormati keputusan puan, dan akan mendoakan yang terbaik untuk puan.. 😉
    Anuar recently posted..Bagaimana ingin menjadi Jutawan hartanah? (Siri 1)My Profile

  8. titan
    | Reply

    nak kecik hati apa plakk..hati gua besar..cukup untuk skandal-skandal dan bakal bini-bini gua. haha..
    titan recently posted..20 info tentang Contest tempatan.My Profile

  9. Eizil
    | Reply

    Sudah menjadi lumrah adakalanya kita perlu berikan perhatian kepada perkara yang lebih penting, saya doakan bard akan dapat mencari ilmu yang secukupnya untuk persediaan kelahiran secara alami itu. All the best bard.
    Eizil recently posted..Re: Semangat yang hilang – bonikacak.comMy Profile

  10. akubiomed
    | Reply

    Kesihatan kandungan perlu diutamakan jangan terlalu memaksa diri untuk blogging.
    akubiomed recently posted..2012 Tahunku Yang KacakMy Profile

  11. donnyien
    | Reply

    dahulukan yang lebih penting dulu kan.. fokus2
    donnyien recently posted..Keputusan penuh anugerah industri muzik 19 nov 2012My Profile

  12. AkmaOmar
    | Reply

    Keputusan yang sis buat tu memang terbaik sangat, in the same time take care ur health..ibu megandung ni tak boleh stress sangat dan kena fokus tak lama jugak nak deliver tu kan, kena happy blogging…jaga kesihatan ya 🙂
    AkmaOmar recently posted..3 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

  13. zie fauzi
    | Reply

    Biasa la tu Bard… dah bersalin nanti fokus kot lain plak.. mcm akak, lepas bersalin hari tuh dah jarang nak online/updated… Fokus kot anak yang baru nak sesuaikan diri dgn persekitaran baru… apa2 pun jaga diri dan moga selamat semuanya nanti…
    zie fauzi recently posted..Keras Kepala atau Kepala Yang Keras?My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge