» » 5 Tips Galakkan Anak Kecil Berpuasa Tanpa Paksaan

5 Tips Galakkan Anak Kecil Berpuasa Tanpa Paksaan

tips galakkan anak berpuasa (1)

Assalamualaikum.

Tak sampai sebulan je lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia. InsyaAllah jika umur masih panjang, dapatlah kita menikmati ibadah berpuasa kali ini.

Bagi mereka yang mempunyai anak kecil, cabarannya lebih hebat lagi. Iaitu cabaran untuk mengajak anak untuk berpuasa bersama-sama. Untuk mengajak mereka, kita kena jadi kreatif sikit. Tak bolehlah tiba-tiba terus nak paksa je anak-anak bangun sahur dan lepas tu berpuasa sepanjang hari. Memang memberontaklah anak tu nanti jadinya.

Di sini Mama nak kongsikan 5 tips menggalakkan anak-anak kecil untuk berpuasa.

1. Mula Bercerita Tentang Ramdhan Dari Awal

Ibubapa sudah boleh mula berceritakan tentang berpuasa kepada anak-anak. Walaupun mungkin anak belum faham apa itu dosa pahala, kita ceritakan sahaja. Berikan gambaran pada mereka bagaimana ibadah berpuasa di bulan Ramadhan ini. Dan sama-sama lakukan ‘countdown’ bersama anak -anak untuk tahu bila puasa akan bermula.

Bagi anak-anak yang minat kepada cerita Upin Ipin, bolehlah beri mereka tonton episod yang berkaitan puasa Ramadhan ini. Sambil anak menonton, sambil kita terangkan. Dan cakap dengan anak, nanti kita puasa sama macam Upin Ipin, nak tak? Mesti anak-anak cakap ‘NAK!’

2. Tarik Minat Anak Dengan Memasak Menu Kesukaan

Anak-anak pasti ada menu kesukaan mereka, kan? Jadi ambil peluang ini untuk sediakan menu kesukaan mereka untuk juadah berbuka, dan juga untuk bersahur. Untuk lebih menarik, minta anak tuliskan sendiri menu yang dia inginkan dan tampal di depan peti sejuk. Jika anak belum pandai membaca dan menulis, ibubapa kenalah rajin sikit untuk print gambar menu untuk anak pilih dan tampal.

3. Sediakan Jadual Ramadhan

Jadual ini untuk tunjukkan pada anak berapa hari dia sudah berpuasa. Dan untuk tunjukkan berapa hari lagi yang tinggal sebelum tamat bulan Ramadhan. Beri anak tampal sticker pada hari-hari yang dia dapat berpuasa penuh. Anak-anak memang suka bila dapat ganjaran seperti ini. Kalau tak percaya, cubalah dulu! =)

4. Sediakan Ganjaran Untuk Anak

Beritahu anak apa yang bakal dia dapat jika dapat berpuasa di bulan Ramadhan ini. Untuk yang baru pertama kali berpuasa, janganlah terus letakkan target berpuasa sebulan penuh. Mungkin boleh mulakan dulu dengan jika berpuasa penuh satu hari, dapat RM1. Kalau dapat berpuasa seminggu tanpa ponteng, anak boleh pilih nak berbuka puasa di mana.

Pastikan ganjaran yang kita nak beri itu boleh menarik minat anak untuk berpuasa.

5. Jangan Paksa Anak, Tapi Berikan Galakan

Ini tips yang paling penting. Jangan sesekali memaksa anak untuk berpuasa, sebab ibadah ini belum wajib untuk anak-anak yang belum baligh. Tetapi kita cuma galakkan mereka untuk berpuasa. Dan latihan ini dibuat tahun demi tahun supaya bila anak sudah baligh nanti, mereka sudah mampu untuk berpuasa penuh sendiri.

Jangan sesekali paksa mereka untuk mengelakkan anak merasa benci dengan ibadah berpuasa. Sehinggakan mereka tidak suka bila Ramadhan hampir tiba. Tapi kita didiklah anak untuk sentiasa menanti-nantikan kedatangan bulan yang mulia ini.

Untuk cara yang lebih kreatif, bolehlah hadiahkan anak-anak dengan KIT RAMADHAN ini. Ada tiga pakej yang disediakan.

1. Pakej Firdaus RM39.90

pakej firdaus

 

2. Pakej ‘Adn RM10.00

pakej adn

 

3. Pakej Rayyan RM6.00

pakej rayyan

Untuk pembelian, boleh hubungi Mama di nombor ini;

Mamabard 013-3876903 (SMS/Whatsapp)

Ataupun isi borang di bawah untuk menghantar pesanan anda;

Salam sayang dari MamaBard,

Portfolio MamaBard

Leave a Reply

CommentLuv badge