» » » Hari Ke-2 di Toulouse (6 Sept 2011)

Hari Ke-2 di Toulouse (6 Sept 2011)

Assalamualaikum.
Kisah beberapa hari lepas, tapi baru nak update hari ni. Hehe. Nampak sangat ketinggalan gerabak keretapi dan tak terlarat nak mengejar.
Pagi Selasa tu, kitorang bangun dengan badan yang dah agak segar sikit. Saya pun terus jela mengemas beg2 kitorang yang melambak tu. Cik Abang plak duk tengok peta dan pening memikirkan macam mana la dia nak pergi ke tempat belajar.
Pening punya pening pikir, last2 kawan Cik Abang call dan bagitahu cara nak ke ISAE tu. Masa Cik Abang nak bergerak pergi tu, saya rasa risau sebenarnya. Yelar, Cik Abg nak keluar sorang2 kat tempat baru ni. Dahlah dengan tak tahu nak cakap French. Huuu…. =(
Bila tinggal berdua je dengan Ammar, kerja saya duk melayan Ammar jela, sambil2 tu online la sekali! Hehe. Tapi bila dah dalam pukul dua petang, Ammar dah start meragam. Sebabnya dia selsema, hingus pun banyak sangat. Dia dah mengantuk tapi tak boleh nak tidur sebab tak selesa dengan hidungnya tu. Itu yang buat Ammar lagi mengamuk.
Penat betul nak pujuk dia time tu. Ammar nangis tak berhenti. Dan akhirnya, mama dia ni pun ikut menangis sekali!!! ='(
Last sekali bila saya dah tak larat nak dukung Ammar, saya sandarkan dia kat bantal, dan Ammar terus tertidur. Alhamdulillah…

Ammar yang tertidur selepas kepenatan menangis

Dalam pukul 7 petang, Cik Abang pun balik. Tapi Cik Abang bukan balik dengan tangan kosong. Dia dah belikan dinner untuk kitorang malam itu, iaitu…….

Boum Burger!!
Inilah santapan kami untuk malam tu…
Sodap!
Kata Bardboo: Lepas ni misi mencari kebab plak la

Leave a Reply

CommentLuv badge