» » Hari Terakhir Izz Ammar di Taska Asy Syifa

Hari Terakhir Izz Ammar di Taska Asy Syifa

Assalamualaikum.

31 Disember 2014, hari terakhir Ammar di Taska Asy Syifa (cawangan Pura Kencana). Mama minta Papa sampaikan pada teacher di taska untuk tolong ambilkan gambar Ammar sebagai kenang-kenangan. Selama empat bulan Ammar duduk taska ni, kami tak ada ambil satu pun gambar Ammar di taska.

Dah la Ammar tak dapat nak join aktiviti ambil gambar kelas sebab masa tu dia kena sakit mata. Takut nanti berjangkit pula dengan anak-anak yang lain. Aktiviti sukaneka tahunan pun Ammar tak dapat join sebab kami ada dapat jemputan majlis kahwin untuk tarikh tersebut.

Jadinya, memang tak ada gambar kenang-kenangan untuk Ammar. Cuma beberapa keping ini je la yang ada. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada juga gambar yang boleh ditunjukkan pada Ammar nanti. =)

taska asy syifa

Sebelum ini, Mama ada kongsikan tentang hari pertama Ammar di taska. Hari pertama dia menangis. Hari-hari berikutnya ada yang dia menangis, ada yang tak. Ikut mood dia la pagi-pagi tu macam mana. Hehe. Tapi masa ambil petang, mesti Ammar akan senyum dan datang peluk kaki. Ammar ni jenis yang manja sikit. Huhu.

taska asy syifa 5

Sejak Ammar dah masuk taska ni, adalah nampak improvement sikit. Dia dah makin banyak nak bercakap, tetapi masih dalam bahasa ‘Jerman’. Dan dah ada beberapa perkataan yang semakin jelas sebutannya. Alhamdulillah, walaupun cuma peningkatan yang sikit, tapi Mama dah cukup gembira.

Cuma sayangnya, Ammar tak dapat nak pergi taska ni lebih lama lagi. Sebab kami dah nak berpindah ke Gombak tak lama lagi. Papa Ammar akan sambung belajar di UIA. Kami belum buat keputusan lagi samaada nak masuk Ammar ke taska di Gombak ataupun tak. Tapi besar kemungkinan Mama akan buat aktiviti homechool je untuk Ammar dan Aneesa.

taska asy syifa 4

taska asy syifa 3

Bagi yang tengah survey-survey taska di kawasan Sri Gading, Mama cadangkan agar hantar ke Taska Asy Syifa ini. Pengurusan taska bagus. Teacher2 pun baik-baik semuanya. Ada CCTV, so tak perlu nak risau anak kena dera ke apa. Premis ni pun bersih. Tak tahu nak cakap apa lagi, tapi Mama memang puas hati. Tentang yuran pula, silalah hubungi pihak tasks sendiri ye. =)

taska asy syifa 2

2 Responses

  1. ikhwan
    | Reply

    sudah melangkah ke sesi persekolahan baru.
    ikhwan recently posted..Komisyen Affiliate Saya Yang PertamaMy Profile

  2. Denaihati
    | Reply

    Wah.. cikgu amar posing kalahkan amar…heee. semoga dipermudahan urusan pindah nanti yer.
    Denaihati recently posted..AirAsia Surabaya ke Singapura HilangMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge