» » » Hati Berbunga Riang

Hati Berbunga Riang

Assalamualaikum.

Rasa macam ada banyak je benda yang hendak ditaip, tapi semuanya tengah tunggang langgang dalam otak ni, tak sempat nak disusun satu demi satu. Jadinya, entri kali ini saya buat dalam bentuk point form ajelah ye. ^_^

  • Esok (Rabu) kitorang dah nak bertolak balik Malaysia dah. Balik naik KLM, dan InsyaAllah sampai kat KLIA hari Khamis nanti. Memang dah tak sabar sangat2 dah ni. Inilah kali pertama saya berjauhan dari keluarga dalam jangkamasa yang agak lama. So rindu tu, tak boleh nak cakaplah. Rindu sangat2! Tapi mungkin sebab Cik Abang dan Ammar bambam ada kat sini, saya jadi kuat sikit. Menangis rindu pun boleh kira berapa kali jek pun. Kikikiki.
  • Selain rindu kat orang, saya rindu kat makanan! Senarai makanan yang nak dimakan teramat2 la banyak! Nak taip semuanya kat sini rasanya boleh penuh satu page kot. Hihi. Tapi apa yang paling saya mengidam adalah keropok lekor. Tak tahulah kenapa, tapi sekarangni hari2 duk terbayang keropok lekor. Grrrr, leleh air liur. Dan memang dah pesan kat Bonda suruh bawak keropok masa datang jemput kat KLIA nanti. Hehe. Hope Bonda tak lupa.
  • Nak balik ni memang rasa excited sangat2. Tapi ada benda yang saya bimbangkan. Takut tak boleh nak kawal Ammar. Dia kan tengah lasak sekarangni. Confirm dia round satu kapal terbang tu. Adoi, memang Mama dan Papa Ammar perlukan kesabaran dan kekuatan. Lagi satu saya risaukan kandungan ni. Kan masih awal lagi. Semoga Lil’ Baby sihat2 aja di dalam. InsyaAllah.
  • Bila dah sampai Malaysia nanti, rasanya saya memang tak dapat dah nak aktif berblog. Mungkin Blog Bardboo ini akan terabai selama dua bulan, mungkinlah. Kot2 tiba rajin, saya update la. Kalau rajin, memang bersawanglah blog ini nampaknya. Nasib baiklah saya memang tak ada ambil apa2 pengiklanan dari pihak luar, so tak perlu fikirkan komitmen. Ranking Alexa dan Google Pagerank kalau nak jatuh ke laut pun, saya tak kisah dah. Dah agak suam2 kuku sebenarnya mood blogging ni. Errrr…..
  • Buat rakan2 blogger yang rajin singgah ke blog ni dan tinggalkan komen, saya ucapkan terima kasih sangat2. InsyaAllah akalau ada masa, saya akan balas kunjungan tu. Bila saya lama menyepi, bukan bermakna saya sombong. Kadang2 saya memang ada singgah ke blog rakan2 bila saya online guna handphone. Tapi bila guna handphone ni, memang malas sangat2 nak tinggalkan komen sebab nak taip terkedek2. Pastu asyik salah je plak tu. Kalau yang pakai handphone touchscreen, mesti paham kan masalah ni? =)
  • Oh Ok la, rasanya sampai sini je saya merepek buat masa ni. Nak sambung kemas rumah. Doakan kami selamat sampai ye. Kalau ada perjumpaan blogger, jangan lupa ajak Bardboo ye. ^_^

22 Responses

  1. kimmie
    | Reply

    wah..balik Malaysia ye, seronoknya.
    kimmie recently posted..Wordless Wednesday 31: Mercu TandaMy Profile

  2. Juan
    | Reply

    selamat pulang ke malaysia
    Juan recently posted..Bonus Setengah Bulan Gaji | Bayaran Khas RM500 Sempena Raya 2012My Profile

  3. Zida
    | Reply

    zida baru sampai mesia minggu ni, alhamdulillah dapat kesempatan untuk berpuasa dengan family, rindu tak terkata dah ni. hehe

    salam ramadhan 🙂
    Zida recently posted..Ramadhan : Month of BarakahMy Profile

  4. hatiputera
    | Reply

    Bestnyer travelling jauh-jauh pastu balik malaysia. mesti ramai saudara mara rindu nak tengok muka.
    hatiputera recently posted..ww eyriqazz vs denaihati vs eyriqazzMy Profile

  5. titan
    | Reply

    huhu..malaysia ok. jangan risau. akak-akak dalam kapal terbang pun ok gak. diorang mesti suka amar..hoho..jangan lupa..makan cendol aa..
    titan recently posted..Laptop gua masuk hospital lagi..My Profile

  6. izwanyusof
    | Reply

    lama tak singgah. camne di malaysia..
    izwanyusof recently posted..Ketahui Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadhan dan SyawalMy Profile

  7. ardinihumaira
    | Reply

    bestnye balik kg.. dni tak balik 7bulan dah. sobss

  8. eiela
    | Reply

    so sekarang nih dah sampai lah ye. selamat pulang,, happy2 selalu, memang semangat nak balik kampung tuh.
    eiela recently posted..Resepi Ketupat dan Kuah Kacang IstimewaMy Profile

  9. Juan
    | Reply

    memang walaupun kita berada dijauhan, kita tetap melayu, lidah melayu, makanan melayu jugak yg sedap bagi lidah kita bila dok luar negara, hehhe
    Juan recently posted..Cik Ika Yang Pandai MainMy Profile

  10. Hafizul
    | Reply

    Emm selamat sampai ke tanahair..semoga semua berjalan dgn lancar..dengan adanya suami disisi,apa yang nak dibimbangkan…hehe..best nya..mengandung yer..waaa nak anak jugak!!!hahaha..tak apa blog bersawang..rakan blogger kan ada..tolong buang sawang2 tu nanti..don’t wory..hehe
    Hafizul recently posted..LIKE Entri Puanbee Pada 28.06.2012My Profile

  11. Zida
    | Reply

    wahhh mesti dah sampai Malaysia tu kan. jelesnyaaaaaaa kenapa lambat sangat masa berjalan #eh haha
    Zida recently posted..The New Era of Misr, Allahu Yubarik!My Profile

  12. muazfaris
    | Reply

    selamat dtg ke sini.. huhu.. welcome home akak
    muazfaris recently posted..Penangan Subway Buy One Free One pada 27 Jun #WWMy Profile

  13. rahman
    | Reply

    selamat pulang.. mesti keluarga dah stanby nak buat kenduri .. apa apa pun selamat menikmati keropok lekor 🙂

  14. Jebeng Otai™
    | Reply

    selamat bercuti :)..bro ammar dpt blik kmpung la..best2 🙂
    Jebeng Otai™ recently posted..Wordless Wednesday : BingungMy Profile

  15. azman
    | Reply

    Kepok lekor yang di idamkan nyer he3..cuti lama nampak nya he3..
    azman recently posted..Eyriqazz VS Denaihati – T & CMy Profile

  16. hafizmd
    | Reply

    Oleh kerana byk citernya, saye pun nak komen dalam bentuk list jugak..hehehe
    1. Selamat kembali ke Malaysia. Moga penerbangan akan lancar dgn anak yg ligak dan aktif tu…hehe
    2. Moga kandungan jugak sihat bersama ibunya =)
    3. Kerepok lekor? Ni mmg feveret ni. Saye yg duduk malaysiapun boleh berangan nak makan hari2…hahahaha. Moga dapat melunaskan impian kerepok lekor ni yer.
    4. Update? takpe…yg utama ttp kena utamakan…janji jgn tutup terus blog ni..
    5. Selamat kembali ke Malaysia!
    hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #20 KolekMy Profile

  17. Ibu Mifzal Arsyad
    | Reply

    selamat kembali ke Malaysia dengan selamat..insya allah Allah permudahlan perjalanan bard sekeluarga..lama berjauhan dgn family mmg rindu membuak2 kan..2 bulan cuti lama tu..leh la puas makan2 makanan kegemarann kali ni ya..
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Wang Kertas Baru Diedarkan Bermula 16 Julai 2012My Profile

  18. budak felda
    | Reply

    welcome back…saya tau perasaan tu sbb baru2 saya juga ke oversea huhuhu x sabar2 nak balik
    budak felda recently posted..Ustaz Azhar Idrus Di Astro OasisMy Profile

  19. akubiomed
    | Reply

    Selamat kembali ke Malaysia. Sebenarnya kalau yang blogger tegar akan kemas kini blog mengunakan Smartphone walaupun sepatah ayat. 🙂
    akubiomed recently posted..Seminar Jom Kurus bersama Kevin ZahriMy Profile

  20. Cikgu Hairul
    | Reply

    Semoga selamat sampai. Kat Malaysia nanti updatelah juga. Jgn sampai dibiarkan blog bersawang. Update ngan gambar dan sebaris ayat pun dah cukup baik.

Leave a Reply

CommentLuv badge