» » Hazmel Yang Comel

Hazmel Yang Comel

Salam Selasa! Selamat bercuti bagi warga Johor, termasuklah buat Cik Abg saya. Hehe. Yang orang-orang negeri lain jangan jeles ye.

Waa, baru perasan yang tarikh hari ni sangat lawa k. 11.1.11. ^_^

Disebabkan tarikh hari ni comel, saya nak kongsi dengan korang-korang semua gambar budak yang comel juga. Namanya Hazmel. Tapi saya panggil dia Jemil, takpun Amel. Kalau korang tengok pipi dia yang tembam tu pun, mesti geram rasa nak cubit-cubit aje. Huhu.






Dia ni memang suka bergambar. Kalau dia tengah nangis, ambil je gambar dia, sure dia berhenti nangis dan siap senyum-senyum lagi kat kamera. Hehe. Bak kata mak dia, ” Kalau dah dari dia baru lahir korang duk ambil gambar dia, mananya tak suka bergambar budak tu jadinya”. Huhu. Tapi memang tu hakikat. Moksu dia ni memang suka ambil gambar dia dari dulu lagi. Hehe.

Si Amel ni manja terlebih-lebih. Baru kita naikkan suara sikit, dia dah melalak sakan. Sabau je la. Tapi dari dengar dia menangis, baik dengar dia tergelak terkekek-kekek lagi, kan? Yang buat saya lagi geram, sekarangni kalau ada benda yang buat dia happy, dia akan tepuk-tepuk tangan. Sangat comel, OK?!


Ehem: Dah ada yang rasa nak cubit pipi Si Amel tak? Hehe.

Leave a Reply

CommentLuv badge