» » Hinakah Menjadi Hanya Seorang Suri Rumah?

Hinakah Menjadi Hanya Seorang Suri Rumah?

Assalamualaikum.

Hinakah seorang wanita apabila dia hanya bergelar seorang suri rumah? Bodohkah seorang bekas siswazah apabila memilih untuk tidak bekerja setelah habis belajar? Ya Allah, hebat betul dugaan yang perlu dihadapi bila profesion suri rumah ini dijadikan pilihan. Hati kena kuat bila berjumpa dengan orang yang tahu status pendidikan kita sebelum ini. Sungguh, kadang-kadang air mata in melimpah jua.

sedih

Sejak bila masyarakat kita sudah tertanam dengan stigma bahawa setiap wanita perlu bekerja untuk tambah pendapatan keluarga? Sedangkan zaman dulu-dulu, mak dan nenek kita juga hanya duduk di rumah membesarkan kita. Dan bapa yang keluar mencari rezeki buat keluarga.

Sejak bila masyarakat kita beranggapan seorang isteri perlu bekerja supaya dapat membantu suami mencari duit? Dan jika hanya jadi suri ruamh, bermakna kerja kita adalah menghabiskan duit suami. Sedangkan urusan mencari nafkah keluarga memang terletak di bahu dia.

Kenapa dan mengapa wanita perlu diberatkan dengan isu ini? Betapa ramai wanita yang rasa terbeban dengan isu ini, sampaikan tak sanggup nak buat pilihan berhenti bekerja. Sedangkan memang itu yang mereka hendak sangat lakukan. Tapi terpaksa dipendam disebabkan tak sanggup nak berdepan dengan keluarga dan masyarakat yang terlalu mendesak.

kenapa

Bagi Mama, bekerja di luar memang bukan pilihan. Buat masa sekarang, Mama perlu tumpukan 100% perhatian pada anak-anak. Terutamanya pada Ammar yang masih belum boleh bercakap walaupun dah nak masuk empat tahun bulan Mei ni. Ya, bolehlah dikatakan Mama mempunyai anak ‘special-need’ buat masa sekarang, walaupun bukanlah masalah seperti autism dan ADHD, cuma speech delay. Tapi tetap memerlukan perhatian yang lebih.

Mama ada terfikir macam mana hendak jadikan profesion suri rumah ini kembali unggul macam zaman-zaman dahulu. Sebab itu Mama menggunakan tagline blog ini sebagai “Blog Suri Rumah Moden”. Mama ingin menaikkan kembali martabat seorang suri rumah.

Biarlah selepas ini bila orang tanya kerja apa; kita akan jawab dengan bangga: “Saya suri rumah”. Dan bukannya menjawab dengan jawapan “Saya tak kerja, duduk rumah je”.

Kadang-kadang kita sendiri yang merendah-rendahkan status ini. Kita malu nak mengaku kita seorang suri rumah. Sepatutnya, kita perlu bangga kerana mampu menguruskan rumahtangga dan menjaga anak-anak sepenuhnya.

Ya memang bila tidak bekerja, pendapatan keluarga jadi kurang. Nak beli itu tak boleh, nak makan di luar selalu pun tak boleh. Tapi, bersyukurlah. Ikuti cara paling senang untuk syukuri nikmat supaya dapat hidup tenang seperti yang dikongsikan dalam video ini:

Dan jika rasa memang tidak boleh bergantung hanya pada pendapatan suami, cubalah buat perniagaan online. Ada banyak sangat pilihan bisnes online yang boleh kita lakukan. Risau tak boleh nak bahagikan masa antara bisnes dan keluarga? Jangan risau, kita ni orang perempuan memang Allah dah bagi kelebihan superpower yang orang lelaki tak ada. Apa kelebihan tu? Dalam video ini ada jawapannya:

 

Jadi, janganlah kita malu lagi untuk bergelar seorang suri rumah. Jangan merendah-rendahkan diri sendiri. Apa pandangan kita pada diri sendiri, maka itu jugalah pandangan orang pada kita. Bila orang mempersoalkan keputusan kita ini, cubalah jawab dengan berhemah. Jika tak boleh nak jawab, senyum sahajalah. Jangan berdebat tak tentu hala, terutamanya dengan mereka yang lebih tua.

Allah ada bersama-sama dengan orang yang sabar.

Saya bangga jadi seorang suri rumah.

Jika anda juga bangga, sila share entri ini. TQ. =)

KLIK SINI untuk RAHSIA Menjadi Seorang Suri Rumah Profesional!

Salam sayang dari MamaBard;

Portfolio MamaBard

13 Responses

  1. titan
    | Reply

    tak hina.

    itu juga salah satu pekerjaan yang sangat mulia.
    titan recently posted..Yeo’s Sitkom Blog ContestMy Profile

  2. Dr Fattah
    | Reply

    tiada apa yang hina, malah suri rumah adalah kerjaya yang mulia.
    Dr Fattah recently posted..Sistem Untung Pasif Untuk Bisnes AndaMy Profile

  3. artikel pengobatan
    | Reply

    itu bukanlah hal yang tercela,,, setiap pasti punya pilihan masing-masing…
    artikel pengobatan recently posted..Obat Darah Tinggi yang HerbalMy Profile

  4. ohcikgu
    | Reply

    orang yang tak faham..memang macam itulah.

    hoho..
    ohcikgu recently posted..88 Senarai Kit Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran Malaysia 2015My Profile

  5. ummul azkee
    | Reply

    kita serupa,niat kita untuk kepentingan keluarga tersayang tpi dipandang hina..biarlahh….hanya Allah yang tahu niat kita.mari sama2 ubah persepsi masyarakt yg terlalu sempit.suri rumah pekerjaan mulia di sisi Allah.moga kita tabahh…

    sala perkenalan dari saya housewifearts.blogspot.com

  6. Dalilayusof
    | Reply

    saya seronok anak depan mata, kawal pemakanan anak, main dengan anak, gaduh ngan anak.
    Dalilayusof recently posted..Testimoni Kelas Asas BlogMy Profile

  7. alin marlini
    | Reply

    Bersabarlah mama bard…ada hikmahnya…..tak hina jd suriruma…lg byk pahala blh kumpul…hejeje
    alin marlini recently posted..Tebus Mata Ganjaran dengan Astro CircleMy Profile

  8. Hero Borneo
    | Reply

    saya juga suka kalau isteri jadi suri rumah sepenuh masa..kebajikan anak-anak dan keperluan suami akan lebih terurus!
    Hero Borneo recently posted..Cerita Di Sebalik Dua Blog TerbongkarMy Profile

  9. Mek ila Jual Vitamin
    | Reply

    Jadi surirumah adalah pengorbanan yang sangat mulia. Sebenarnya ramai wanita di luar sana yang nak jadi full time house wife tetapi masih belum berpeluang.
    Mek ila Jual Vitamin recently posted..Punca Kebakaran Exora 17 Februari Akhirnya TerjawabMy Profile

  10. fuzy
    | Reply

    Alhamdulillah saya pilih utk menjadi surirumah.. Sijil Degree hanya sekeping kertas… Mulut manusia mmg xboleh nak tutup…biar je la kan…

  11. Imran
    | Reply

    Kalau saya, saya lebih suka isteri duk di rumah, membesarkan anak2 menyediakan pakai minum suami, melayan suami apabila suami balik kerja.
    Imran recently posted..Hobi atas talian sebenarnya boleh menjana pendapatan jika anda berani mencuba.My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge