» » Hobi Cik Abang Saya

Hobi Cik Abang Saya

Nak tahu tak apa hobi Cik Abang saya? Ni hah dia. Cik Abang saya ni suka kumpul duit-duit kertas. Jom usha gambar kat bawah ni:

Ada duit seringgit, lima ringgit, sepuluh ringgit, dan lima puluh ringgit versi lama dan baru. Dan ada gak duit dua ringgit.

Yang RM50 baru tu limited edition tau. Apa yang bestnya limited edition ni? Duit tu boleh dijual balik dengan harga RM100, dan mungkin juga lebih bila disimpan makin lama. Macam mana nak bezakan not RM50 yang korang ada tu limited edition atau tak? Tengok kat bawah ni:

Sumber gambar: SINI
RM50 yang limited edition ada tulisan 50 kat bahagian atas kanan tu. Hah pergi check duit-duit korang yang ada dalam dompet tu. Manalah tahu ada terselit RM50 limited edition ni, bolehlah disimpan sebagai investment. Bila dah memang terdesak tak ada duit, juallah. ^_^

Ehem: Baru ingat nak cilok RM50 Cik Abang punya tu. Tapi bila tahu nilai sebenarnya, tak jadilah. Huhu. Kita simpan dulu ye.

Leave a Reply

CommentLuv badge