» » Ibu Hamil Tak Suka Minum Susu?

Ibu Hamil Tak Suka Minum Susu?

posted in: Shaklee | 2

Assalamualaikum.

Ibu hamil memerlukan jumlah kalsium yang lebih tinggi berbanding orang dewasa biasa. Ini kerana kalsium diperlukan oleh bayi di dalam kandungan untuk pembentukan gigi dan tulang dan sihat. Dan jika si ibu hamil tadi dalam masa yang sama turut menyusukan anak yang lebih tua, maka keperluan kalsium yang diperlukan adalah berganda.

Semua orang tahu yang sumber kalsium yang mudah adalah dari susu. Tapi tak semua orang suka minum susu. Ada yang langsung tak boleh nempak susu, terus rasa macam nak termuntah, kan? Mama pun sama juga macam ni, tak boleh terima minuman yang berwarna putih. =)

Selain dari susu, kita juga boleh mendapatkan kalsium dari sumber-sumber makanan yang lain seperti yogurt, keju, brokoli, badam, jus oren, dan sebagainya. Tapi, ianya tetap sukar untuk kita memastikan samaada kadar kalsium yang kita ambil mencukupi atau tidak.

Cara yang paling mudah untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengambil pil kalsium sebagai suplemen setiap hari. Buat pengetahuan anda, pil kalsium Shaklee (OsteMatrix) merupakan pilihan terbaik kerana ianya turut dilengkapi dengan Magnesium dan Vitamin D, serta mempunyai kadar serapan yang sangat cepat.

ostematrix shaklee

Jika anda masih lagi ragu-ragu samaada perlu atau tidak mengambil suplemen kalsium, Mama cadangkan agar anda teruskan pembacaan.¬†14 kajian yang disenaraikan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi. Anda juga harus ingat bahawa¬†kehamilan bukanlah tentang diri anda seorang, tetapi juga bayi yang anda kandungkan. Fikirkan tentang si kecil. Kemungkinan sikap ‘tidak mahu’ kita kini akan membawa kesan negatif kepada si kecil dewasa kelak.

>>>>>Jom kita baca pula artikel di bawah ini:

KURANGKAN KOMPLIKASI SEMASA MENERAN

Sumber asal artikel : Kosmo Online

Oleh NIZHA PERIASWAMY

nizha.periswamy@kosmo.com.my

APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.

Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.

Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.

Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya. Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.

“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.

Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.

~*IBU hamil perlu sentiasa memastikan kesihatan tulang.*~

Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.

“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu. Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.

~*Diet sumber asli*~

Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu. Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal. Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.

“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.

Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.

Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.

Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.

“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.

Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.

~*Kehilangan kalsium*~

Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.

“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.

Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.

Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.

“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin. Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.

Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.

Sekiranya anda adalah daripada kalangan mereka yang alah dengan susu, saya sarankan pengambilan Ostematrix daripada SHAKLEE, gabungan lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D, serta mudah larut dan mempunyai kadar serapan yang sgt cepat!.

Jadi, jom order OsteMatrix dengan Mama sekarang!

Untuk tempahan, hubungi Mama di nombor ini:

MamaBard 013-3876903


Ataupun isi borang di bawah untuk menghantar emel kepada Mama:

Dengan menjadi ahli Shaklee berdaftar, anda akan mendapat diskaun sebanyak 20-25% untuk setiap produk. Dan jika anda mahu berbisnes Shaklee, terdapat banyak lagi kelebihan yang akan anda dapat.

Untuk mendaftar, sila klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

daftar ahli shaklee

Portfolio MamaBard

2 Responses

  1. […] BACAAN TAMBAHAN: Kekurangan Kalsium Menyebabkan Kompikasi Semasa Proses Bersalin […]

  2. […] cepat letih, dan rambut gugur. Bagi wanita hamil pula, kekurangan kalsium boleh menyebabkan komplikasi semasa bersalin. Banyak masalah yang akan timbul jika kita kekurangan kalsium. Sebab itulah kita kena pastikan […]

Leave a Reply

CommentLuv badge