» » Irdhina Aneesa si Kakton Kecil

Irdhina Aneesa si Kakton Kecil

Assalamualaikum.

Sekarangni saya dalam mood untuk menyedut semula semangat blogging yang dah lama hilang. Rindu pula dengan zaman masa aktif berblog dulu. Hari-hari update blog, kalau sehari tak update rasa macam tak lengkap je. Dan dulu hari-hari mesti berblogwalking ke blog kawan-kawan. Tapi sekarang? Hurm, masa mencemburui. Alasan? Mungkin kot. Tapi lepas-lepas ini saya akan cuba untuk bergiat aktif semula macam dulu, InsyaAllah.

Untuk permulaan ni, saya nak bercerita dulu pasal Cik Adik molek Irdhina Aneesa ni. Saya suka sangat gelar dia Kakton, tak tahulah kenapa. Hihi. Geram sangat tengok Kakton ni tau. Nak tahu apa yang geram? Tu hah pipi dia, macam kuih pau, kan? Kalau pergi mana-mana pun, memang ramai yang geram dengan pipi Aneesa dan nak cubit-cubit pipi dia.

 

Satu perangai Cik Adik ni, bila pergi makan kat kedai, dia suka pandang-pandang kat orang sekeliling. Kalau ada yang pandang dia dan senyum-senyum, hah memang Aneesa suka sangat. Nanti dia pun sibuklah buat-buat comel dan sibuk je nak pandang orang tu. Hihi, sabar je la.

Aneesa dah pandai cakap Mama, Papa, jom, air, jatuh, nanak, dan beberapa perkataan lagi yang bila dia dengar orang sebut, dia akan ikut. Masa sesi speech therapy untuk Ammar pun, selalunya Aneesa akan bagi respons gak. Terlebih kepochi Kakton seorang ni.

 

Kalau dengan Ammar, ada masa elok main sama-sama, tapi ada masa bergaduh dan berebut-rebut barang. Macam ni lah ragamnya bila anak dah dua, kan?

Ini video Aneesa cakap-cakap dalam telefon. Jom layan gelagat Kakton ni. Hihi. =)

2 Responses

  1. husna zahidi
    | Reply

    selamat kembali kak..
    agaknya aneesa ni lah yg akak ada ceritakan pengalaman bersalin tu kan..
    dah besar dah dya.. pipi pau gebu.. hehehe..
    husna zahidi recently posted..Tasik Jitra, Jitra, KedahMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge