» » Izz Ammar Dah Masuk Tadika

Izz Ammar Dah Masuk Tadika

hari pertama persekolahan (1)

Assalamualaikum.

Hari ini Ammar dah masuk tadika, untuk kelas 5 tahun. Mula-mula dulu kami risau juga kalau-kalau tak mahu ke sekolah. Sebabnya setiap kali ditanya, dia akan jawab ‘tak nak, takut. cikgu marah’.

Tapi kami daftarkan juga sebab nak beri Ammar peluang bergaul dengan kawan-kawan. Mungkin dengan cara ini skill komunikasi dia akan meningkat.

Tapi bila dah di bawa ke kelas percubaan selama tiga hari bulan Disember lepas, dia terus nampak seronok nak ke sekolah. Alhamdulillah, bersyukur sangat.

izz ammar di tadika abs

Ammar bersekolah di tadika ABS. Saya memang dah lama mencari tadika terbaik untuk anak-anak, dan tadika ABS memang menjadi pilihan saya. Semoga Ammar dapat belajar elok-elok dan bertambah keyakinannya.

 

Selamat Datang Tahum 2016

selamat tahun baru 2016 (1)

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat tahun baru 2016! Cepat betul masa berlalu sekarang ni kan?

Biasanya bila sebut pasal tahun baru ni, mesti orang akan bercakap mengenai azam tahun baru. Saya pun ada jugalah pasang azam baru. Tapi yang tahun lepas-lepas punya pun tak tertunai lagi! Hihi. Haa macam mana nak jawab tu?

InsyaAllah untuk tahun 2016 ini saya rancang untuk jadi lebih produktif. Nak jadi lebih pandai urus masa, hidup, dan kewangan. Sebab itu saya buat planner printables, supaya lebih mudah untuk saya atur hidup. Dan saya memang beri printables tu secara percuma buat siapa-siapa yang nak. Boleh klik link ini ye > Planner Printables (2016)

7 Responses

  1. vitri
    | Reply

    masa-masa TK adalah masa terindah di usia dini pembelajaran awal yang akan kita dapatkan
    vitri recently posted..Max DoorMy Profile

  2. Alin Marlini
    | Reply

    comelnya .. teringat qayyum masa masuk tadika masa umur 5 tahun … habis bergegar satu sekolah

  3. Fatin
    | Reply

    Cabaran baru ye tahun ni bila anak dah masuk sekolah. Semoga kita sama2 jadi lebih produktif
    Fatin recently posted..Testimoni Berhenti Merokok Dengan Vivix ShakleeMy Profile

  4. DLSL
    | Reply

    Wah! tahniah anak dah masuk tadika. Saya dah puas hantar satu-satu ke tadika. Makin lama makin mudah sebab dah biasa. Rasanya better jika anak spend masa dua tahun di tadika sebab pembelajaran di Tahun 1 agak advance skrg iaitu sekolah2 expect budak2 dah pandai membaca dan mengira serba sedikit. Jadi kalau tiada asas boleh struggle juga.
    Berdasarkan pengalaman saya, biar anak tu masuk tadika di dua tadika berlainan. Masa 5 tahun cari yang biasa2 sahaja utk anak2 biasakan diri dengan suasana pembelajaran. Bila 6 tahun cari yang ada reputasi sedikit dan menekankan soal pencapaian. My 5 cents aje 😀

  5. husna zahidi
    | Reply

    ramai kawan kot sebab tu suka nak ke sekolah.. hehehe..
    selamat belajar izz ammar..:)
    husna zahidi recently posted..Alhamdulillah Bertambah Lagi Angka UmurMy Profile

  6. emalin mohd
    | Reply

    Lama tak singgah blog Suri. Berwajah baru. Cantik sangat!
    emalin mohd recently posted..Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016My Profile

  7. zik
    | Reply

    saya masa kecil lagi umur nak masuk tadika first day nak masuk dah menangis kena tinggal.. hari kedua tak datang … hari ketiga baru ok…
    zik recently posted..Sajak, Perjalanan hidup ini.My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge